Berita Harian

PH, kem Tun M berunding pilih wakil

-

Ampang: Pakatan Harapan (PH) masih meneruskan rundingan dengan kem Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bagi mengelak perpecahan dalam kalangan pembangkan­g.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara terbabit diminta oleh bekas Perdana Menteri itu dalam perjumpaan membabitka­n wakil kedua-dua kumpulan pada Khamis lalu.

“Beliau (Dr Mahathir) minta dalam perjumpaan itu sebab pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bertanding di situ. Jadi kita tidak mahu ada perpecahan dalam kalangan pembangkan­g.

“Tidak mahu bagi alasan kita ambil tindakan tanpa berunding. Jadi berunding dahulu dan pasukan kita berjumpa dengan mereka (untuk berunding),” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Penerangan PKR di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya keperluan PH berunding dengan kem Dr Mahathir berhubung calon PRK DUN Slim selepas kumpulan bekas Perdana Menteri itu bukan lagi sebahagian daripada PH.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, keputusan siapa yang akan bertanding pada PRK itu akan diputuskan esok selepas perundinga­n antara dua kumpulan itu dimuktamad­kan.

Ditanya sama ada PH sudah mempunyai senarai calon sendiri, beliau menjelaska­n, beberapa nama sudah dibangkitk­an

Anwar berucap

namun ia belum diputuskan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, PKR bersiap sedia untuk menghadapi sebarang PRU mengejut.

Jelasnya, walaupun keadaan ketika ini tidak sesuai untuk diadakan pilihan raya disebabkan kebimbanga­n COVID-19, ia bukan alasan untuk jentera parti bersama PH tidak mengadakan persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkina­n.

“Kami bersiap sedia. Sejak pertemuan di Selangor, sebelum itu di Negeri Sembilan. Semua jentera parti di seluruh negara sudah bersiap sedia (menghadapi PRU mengejut), walaupun kita mempunyai mandat selama tiga tahun lagi, tetapi kita tidak akan mengambil sebarang risiko,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Anwar menggesa mana-mana individu yang tidak lagi konsisten dalam perjuangan supaya meninggalk­an parti itu.

Beliau juga reda dengan mana-mana ahli atau pemimpin yang bertindak mengkhiana­ti dan memilih meninggalk­an parti itu sebelum ini.

“Kita dalam perjuangan kena ingat, ada gelombang, pasang surut dan pengkhiana­tan. Tetapi yang akhir dan penentu dalam agenda perubahan ialah istiqamah kita iaitu konsisten dengan prinsip perjuangan. Bukan semata-mata tokoh.

“Pahit getir yang kita hadapi. Kita hadapi ujian di peringkat awal adalah kerana kita sudah mula pegang tampuk kekuasaan. Bila diuji masa senang, ramai yang gagal.

“Bila susah, derita, dalam keadaan susah. Namun bila kita ada di tampuk kekuasaan, banyak kecuaian. Cara kita menilai hilang, tergelinci­r dari landasan. Sebaik tergelinci­r, kita bukan lagi dalam agenda keadilan. Sebab itu kalau orang nak keluar, silakan keluar,” katanya.

 ?? (foto BERNAMA) ?? pada Majlis Perasmian Konvensyen Penerangan Keadilan di Ampang, semalam.
(foto BERNAMA) pada Majlis Perasmian Konvensyen Penerangan Keadilan di Ampang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia