Berita Harian

24 pendatang Rohingya dikhuatiri lemas terjun laut

Mangsa disyaki cuba ceroboh masuk Malaysia menerusi Langkawi

- Oleh Hamzah Osman bhnews@bh.com.my

Langkawi: Seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai etnik Rohingya yang disyaki cuba menceroboh negara ini, dikhuatiri lemas selepas hilang dihanyutka­n arus di perairan barat Pulau Langkawi malam kelmarin.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah, berkata laporan diterima berdasarka­n maklumat polis selepas seorang pengadu yang juga migran mendakwa terjun dari sebuah bot bersama 24 mangsa lagi.

“Pengadu yang dikenali sebagai Nor Hossain, 27, mendakwa hanya dia terselamat selepas berenang ke daratan. Dia kini dalam tahanan polis untuk membantu siasatan lanjut.

“Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi sudah mengatur gerak sebuah aset laut bot Pelindung 2 ke lokasi kejadian, sejurus menerima laporan polis jam 10.30 malam tadi.

“Operasi hari ini (semalam) membabitka­n kapal KM Gagah dan bot Pelindung 2 serta sebuah helikopter Agusta Westland AW139 membabitka­n kawasan pencarian seluas 109 batu nautika persegi di barat perairan Langkawi,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohd Zawawi berkata, Maritim Malaysia Kedah dan Perlis turut menyalurka­n maklumat kejadian kepada agensi penyelamat lain termasuk komuniti nelayan setempat dan pihak berkuasa Thailand melalui Maritime Rescue Coordinato­r Center (MRCC) Putrajaya bagi membantu pencarian mangsa.

“Komuniti maritim boleh melaporkan sebarang petunjuk atau penemuan mangsa di laut atau pesisir pantai kepada pasukan penyelamat menerusi talian 999 ataupun menghubung­i Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis (Langkawi) di talian 04-9662750 atau 04-966 5307,” katanya.

Mohd Zawawi Abdullah

 ??  ?? Anggota Maritim melakukan operasi mencari dan menyelamat di kawasan 24 etnik Rohingya dikhuatiri lemas di perairan Barat Pulau Langkawi, semalam.
Anggota Maritim melakukan operasi mencari dan menyelamat di kawasan 24 etnik Rohingya dikhuatiri lemas di perairan Barat Pulau Langkawi, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia