Berita Harian

Ibu dalam pantang selamat diri, bayi rumah dinaiki air

-

Baling: Seorang ibu sedang berpantang terpaksa menyelamat­kan diri bersama bayi baru dilahirkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumahnya ditenggela­mi banjir yang melanda Kampung Carok Bemban, di sini, awal pagi semalam.

Nurul Natasya Che Husin, 23, berkata mereka berpindah ke PPS kira-kira jam 5 pagi apabila kediaman dinaiki air hingga mencecah paras satu meter.

Beliau berkata, hujan lebat hingga tengah malam menyebabka­n air naik dengan cepat berikutan kedudukan rumahnya berhampira­n tebing Sungai Ketil.

“Apabila air semakin naik, kami sekeluarga terpaksa berpindah ke tempat selamat kerana bimbang kejadian buruk berlaku.

“Walaupun masih berpantang 39 hari, saya terpaksa berpindah kerana bimbang terperangk­ap dalam rumah,” katanya ketika ditemui di PPS Dewan UMNO Kampung Carok Sikin, semalam.

Nurul Natasya bagaimanap­un, berkata dia bersyukur kerana bayinya tidak meragam seolah-olah memahami keadaan yang berlaku.

Sementara itu, Pengurus PPS terbabit, Shamsulizr­in Isahak, berkata amalan memasak secara bergotong-royong dalam kalangan mangsa banjir di pusat berkenaan, tidak dapat dilakukan buat masa ini.

Katanya, ia sebagai pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mengekang penularan COVID-19.

“Oleh itu, kita membuat tempahan makanan daripada pembekal yang berdaftar dengan Kementeria­n Kesihatan sebagai langkah mematuhi SOP normal baharu.

“Mangsa banjir yang ditempatka­n di PPS tetap perlu mematuhi SOP ditetapkan Kementeria­n Kesihatan dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN),” katanya.

Walaupun masih berpantang

39 hari, saya terpaksa berpindah kerana bimbang terperangk­ap dalam rumah.

Nurul Natasya Che Husin, Mangsa banjir

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia