Berita Harian

Lesen kelas zon A nelayan dibuka semula

Jabatan Perikanan diminta segera laksana proses pemutihan

- Oleh Rosli Ilham am@hmetro.com.my

Dungun: Jabatan Perikanan akan membuka semula permohonan lesen kelas zon A yang dikhususka­n kepada nelayan pantai dalam masa terdekat.

Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata lesen terbabit akan diberikan kepada nelayan yang benar-benar aktif dan Jabatan Perikanan diminta segera melaksanak­an proses pemutihan.

Beliau berkata, pihaknya mendapati isu lesen berkenaan yang ditangguhk­an sejak sekian lama perlu disegeraka­n kerana perkara itu boleh menyumbang risiko kepada nelayan apabila berlaku kemalangan.

“Kalau berlaku bencana atau kemalangan, nelayan yang tidak berlesen ini tidak akan mendapat sebarang faedah termasuk elaun sara hidup, minyak bersubsidi dan sebagainya.

“Dalam usaha itu, kita minta

Jabatan Perikanan mengenal pasti nelayan yang berlesen sebelum ini sama ada mereka masih aktif atau sebaliknya,” katanya ketika mengadakan lawatan Walkabout Bersama Nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Dungun, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembanguna­n Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim; Ketua Pengarah LKIM, Othman Abdul Latif dan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Zawawi Ali.

Ronald berkata, kerajaan sebelum ini membekukan pengeluara­n lesen itu termasuk zon B dan C kecuali zon C-2 iaitu laut dalam, bertujuan bagi memastikan setiap permohonan lesen baharu diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.

“Kita akan mewujudkan satu pangkalan data nelayan zon A, termasuk pemutihan nelayan dan memberikan lesen baharu kepada nelayan aktif,” katanya.

Semetara itu, Ronald berkata, projek pembinaan benteng pemecah ombak di muara Kuala Dungun akan segera dilaksanak­an sebaik kajian reka bentuk selesai dilakukan.

“Reka bentuk sedang dilakukan Jabatan Pengairan dan Saliran JPS sebelum tender pembinaan projek itu dikeluarka­n.

“Kita berterima kasih kepada Kementeria­n Alam Sekitar dan Air yang meluluskan peruntukan sebanyak RM250 juta untuk tujuan pembinaan projek terbabit,” katanya.

Katanya, peruntukan itu sudah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE-11) dan berharap projek pembinaann­ya segera dilaksanak­an.

Kalau berlaku bencana atau kemalangan, nelayan yang tidak berlesen ini tidak akan mendapat sebarang faedah termasuk elaun sara hidup, minyak bersubsidi dan sebagainya.

“Kita sedia maklum Muara Kuala Dungun ini cetek bahaya buat nelayan dan apabila siap nanti ia akan memberi kelegaan kepada hampir 600 nelayan di sini,” katanya.

Ronald berkata, pihaknya juga akan membaik pulih pelbagai kemudahan di Kompleks LKIM Dungun bagi kemudahan nelayan.

“Kita akan membina pelbagai kemudahan di sini seperti, kilang air batu, dewan lelong, jeti tambatan bot nelayan yang dianggarka­n bernilai RM1.6 juta.

“Kita akan mendapat peruntukan untuk tujuan itu dengan segera dan pembinaan semua itu akan dilaksanak­an secara berperingk­at,” katanya.

Dr Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan

 ?? (Foto Rosli Ilham/bh) ?? Ronald (tengah) bersama nelayan ketika mengadakan lawatan ke Kompleks Lembaga LKIM di Dungun, semalam.
(Foto Rosli Ilham/bh) Ronald (tengah) bersama nelayan ketika mengadakan lawatan ke Kompleks Lembaga LKIM di Dungun, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia