Berita Harian

Koperasi Tentera umum dividen 10 peratus

-

Kuala Lumpur: Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) mengumumka­n pulangan dividen 10 peratus kepada 156,744 ahlinya membabitka­n pembayaran sebanyak RM153.4 juta.

Pembayaran dividen itu adalah berdasarka­n keuntungan sebelum cukai dan zakat Koperasi Tentera sebanyak RM184.3 juta, hasil daripada pendapatan bersih operasi bagi tahun kewangan 2018 berjumlah RM313.5 juta.

Pengerusi Koperasi Tentera, Mejar Jeneral (B) Datuk Zulkiflee Mazlan, berkata di sebalik keadaan ekonomi yang mencabar dalam tahun 2019 dengan keadaan pasaran tidak menentu dan kedudukan ekonomi global lemah, Koperasi Tentera masih mampu mengekalka­n jumlah peratusan dividen dua digit.

“Kami gembira kerana koperasi masih mampu untuk mengekalka­n prestasi kewangan yang baik dalam keadaan ekonomi semasa.

“Ini menunjukka­n, komitmen Koperasi Tentera dalam memastikan anggota sentiasa menerima pulangan yang kompetitif secara konsisten.

“Saya juga berharap, pembayaran dividen ini dapat membantu meringanka­n beban anggota pada saat negara dilanda penularan pandemik COVID-19 yang turut menjejaska­n pendapatan serta ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu, Koperasi Tentera menjana pendapatan bersih berjumlah RM3.4 billion dan keuntungan sebelum agihan berjumlah RM2.6 bilion.

Dalam perkembang­an berkaitan, pada 12 November depan, Koperasi Tentera bakal menyambut ulang tahun ke-60.

Selepas enam dekad mencipta nama, Koperasi Tentera berjaya menjadi antara koperasi terkemuka di Malaysia apabila memenangi anugerah berprestij Asian Banker Awards 2019 dalam Inisiatif Sistem Perbankan Teras Terbaik (Aplikasi atau Pengaturca­raan) dan dinobatkan sebagai Koperasi ke-2 Terbaik di Malaysia.

Kami gembira kerana koperasi masih mampu untuk mengekalka­n prestasi kewangan yang baik dalam keadaan ekonomi semasa.

Zulkiflee Mazlan, Pengerusi Koperasi Tentera

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia