Berita Harian

Stor proses ketum ada CCTV kena serbu

-

Alor Setar: Kegiatan seorang pengedar ketum yang berselindu­ng di sebalik perniagaan kedai makan di Kampung Seberang Alor, Tebengau di sini, terbongkar apabila premis itu diserbu polis, kelmarin.

Dalam pemeriksaa­n pada jam 5 petang itu, polis mengesan stor bersebelah­an kedai yang dijadikan tempat memproses dan menyimpan daun ketum.

Lebih mengejutka­n, premis terbabit turut dilengkapi empat kamera rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang sekeliling kedai dan stor bagi memantau kehadiran pihak berkuasa.

Bagaimanap­un, kegiatan lelaki berusia 44 tahun yang juga pesawah itu berjaya dikesan selepas diserbu anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Setar.

Suspek dipercayai menjadikan kedai makannya sebagai lokasi tumpuan penagih ketum. Ketika serbuan, lelaki itu dikatakan baru selesai membungkus daun ketum untuk dijual di kedai makannya, manakala sebahagian lagi untuk pasaran sekitar kawasan berhampira­n.

Hasil pemeriksaa­n menemui beberapa tong yang mengandung­i lebih 1,000 bungkusan air ketum, selain tempat rebusan serta daun yang sudah digunakan.

Dipercayai, suspek mampu memperoleh keuntungan mencecah RM2,000 hingga RM3,000 sehari, hasil menjual

Anggota polis memeriksa bungkusan air ketum

air ketum.

Daun ketum itu dibeli melalui penduduk kampung yang menanam pokok berkenaan pada harga RM12 sekilo dan menjual air ketum pada harga antara RM2 hingga RM5 sebungkus.

Selain itu, pemeriksaa­n di stor belakang juga menemui timbunan daun ketum segar belum diproses yang dipercayai baru dikutip.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superinten­dan Mohd Redzuan Salleh mengesahka­n, penahanan suspek yang ditahan untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Air ketum yang siap dibungkus itu dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya.

Air ketum yang siap dibungkus itu dirampas untuk tindakan lanjut.

Mohd Redzuan Salleh, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar

 ?? (Foto Zuliaty Zulkiffli/bh) ?? Tebengau, Alor Setar, kelmarin. yang ditemui di dalam stor di Kampung Seberang Alor,
(Foto Zuliaty Zulkiffli/bh) Tebengau, Alor Setar, kelmarin. yang ditemui di dalam stor di Kampung Seberang Alor,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia