Berita Harian

Sindiket pelacuran, judi di Johor lumpuh

-

Johor: Polis Johor berjaya membantera­s kegiatan pelacuran di sekitar bandar raya ini dengan penahanan 13 wanita pelbagai kerakyatan dan seorang lelaki warga Myanmar dalam serbuan di dua hotel dan sebuah kondominiu­m, kelmarin.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayob Khan Maydin Pitchay, berkata semua wanita yang dipercayai pelacur itu terdiri enam warga Vietnam, Thailand (empat), Filipina (dua) dan seorang warga Indonesia.

“Dalam serbuan itu juga, polis turut merampas 38 kondom, botol minyak pelincir (10), telefon bimbit (10), tuala (11) dan wang tunai RM6,090.

“Mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Seksyen 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63, seksyen 6(1)(C) Akta

Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Sementara itu, Ayob berkata, pihak berkuasa berkenaan turut membuat 18 serbuan berkaitan aktiviti perjudian di beberapa daerah di negeri ini.

“Menerusi serbuan itu, seramai 18 individu ditahan, termasuk dua wanita, iaitu warga tempatan dan warga Indonesia berusia 20 hingga 39 tahun.

“Selain itu, sebanyak 18 unit telefon bimbit, enam pencetak mudah alih, 43 kertas catatan dan wang tunai bernilai RM2,201 turut dirampas,” katanya.

Katanya, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan seksyen 4A (a) akta sama.

Pihak berkuasa turut membuat 18 serbuan berkaitan aktiviti perjudian di beberapa daerah di negeri ini. Menerusi serbuan itu, seramai 18 individu ditahan, termasuk dua wanita.

Ayob Khan Maydin Pitchay, Ketua Polis Johor

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia