Berita Harian

7 NGO buat laporan polis

-

Pekan: Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis susulan kejadian menconteng mural gergasi pada dinding sebuah bangunan yang memaparkan potret Yang di-pertuan Agong dan beberapa pemimpin negara, Isnin lalu.

NGO itu adalah Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Pahang, Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia Pahang, Gabungan Masjid Wilayah Jengka, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Pahang, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Pahang, Ikatan Muslimin Malaysia Pahang dan Persatuan Pondok.

Mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan di sini, kelmarin.

Pengerusi PEMBELA, Amirudin Yahya, berkata laporan itu dibuat sebagai simbolik solidariti rakyat Pahang kepada Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa

Billah Shah dan pemimpin negara.

“Vandalisme yang berlaku minggu lalu sangat mengaibkan. Perkara itu tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan negara yang semakin maju serta rakyat berpendidi­kan,” katanya dalam satu kenyataan.

Amirudin turut berharap individu terbabit dapat diberkas segera dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Isnin lalu, media melaporkan mural gergasi terbabit diconteng di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam, Selangor menggunaka­n semburan cat merah dengan perkataan tidak menyenangk­an hingga memaksa seluruh lukisan di dinding itu dipadamkan.

Antara lukisan pada mural itu ialah potret Al-sultan Abdullah; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia