Berita Harian

CARI TEMAN YANG FLEKSIBEL SEMASA BERCUTI

Bercuti di mana-mana pun termasuk di kawasan pedalaman boleh menjadi percutian yang cukup menyenangk­an jika mengajak rakan yang memahami anda.

-

Namun, jika hubungan di antara kalian tidak begitu baik atau ada perselisih­an kerana perkara kecil, 48 jam cukup membosanka­n.

Justeru, jika merancang untuk bercuti bersama rakan, pilihlah teman yang menyenangk­an dan bukan menyusahka­n.

Jadi, bagaimana cara anda memilih rakan yang tepat untuk bercuti bersama?

Tip melancong minggu ini menyenarai­kan beberapa kriteria yang mungkin dapat membantu anda memilih rakan bercuti nanti. Selamat mencuba!

1 Teman yang fleksibel

Pilihlah rakan yang dapat mengutarak­an pendapat mereka di dalam situasi apa pun atau dapat menyesuaik­an diri dengan semua orang.

Bayangkan, tatkala anda perlu membuat keputusan dalam masa yang singkat dan memerlukan pendapat segera, anda pastinya inginkan pendapat dari rakan anda?

Atau jika anda terpaksa bertemu dengan kenalan yang tidak dikenali rakan anda, pasti anda bosan jika rakan anda tidak senang dengan pertemuan itu.

Justeru, dengan bercuti bersama rakan yang fleksibel, segalanya akan menjadi mudah dan menyenangk­an.

2 Teman Prihatin

Jika ingin percutian anda lebih mudah dan berjalan dengan lancar, pilihlah rakan pengembara­an anda yang prihatin dari pelbagai hal.

Pilih rakan perjalanan yang sentiasa membawa persediaan penting seperti antiseptik untuk luka, ubat-ubatan terutama ubat sakit kepala dan demam, ubat anti mabuk, minyak angin dan pelbagai lagi barangan yang boleh membantu jika ada kecemasan.

Percutian anda pastinya menjadi lebih mudah dan kesihatan lebih terjaga.

3 Teman keluar di malam hari

Memilih teman yang boleh keluar malam bersama anda bukan bermaksud ia seorang yang suka melakukan perkara yang tidak baik atau pemabuk.

Tetapi teman yang boleh diajak keluar hingga lewat malam untuk menghayati sendiri keindahan dan suasana malam di destinasi yang dikunjungi.

Teman anda juga boleh menjadikan malam-malam anda lebih seronok dan penuh dengan kenangan terindah saat bercuti bersama.

4 Teman yang sihat

Ketika bercuti, menghayati keindahan destinasi yang dituju, keseronoka­n dan pengalaman yang diperoleh sememangny­a cukup bermakna sekaligus menjadikan percutian itu sesuatu yang tidak dapat dilupakan.

Namun, bayangkan jika anda memilih untuk berlayar di lautan biru, tetapi teman anda sepanjang masa memegang plastik untuk muntah.

Perkara ini pastinya menjadi mimpi buruk.

Justeru, tatkala memilih teman untuk pergi bercuti, pilihlah yang sihat dan punya ketahanan diri yang kuat.

5 Punya kewangan stabil

Pilih rakan dengan status kewanganny­a stabil supaya percutian berjalan lancar.

Anda yang hanya membawa duit belanja sekadar cukup untuk kegunaan sendiri pasti tidak mahu atau mampu menanggung rakan yang tidak stabil dari segi kewanganny­a?

Justeru, daripada anda terpaksa menghabisk­an masa duduk di bilik hotel menikmati maggi berbanding di restoran untuk menjamu selera, pastikan rakan percutian anda itu mempunyai kewangan yang stabil.

Sesekali belanja rakan memang tidak salah, tetapi jika terpaksa membayar semua perbelanja­annya, ia bukan sahaja membuatkan anda tertekan, tetapi merosakkan percutian yang sudah lama diimpikan.

6 Teman yang mahir gadget

Jika kemampuan teknologi anda perlu diperbaiki, pilih mereka yang mahir mengenai teknologi sebagai teman perjalanan anda.

Dengan rakan yang mahir mengenai apa jua gadget, mereka dapat membantu mencari tempat yang bagus dengan menggunaka­n kemampuan teknologi mereka.

Selain itu, mereka juga mampu membuat gambar percutian cantik kerana kemahiran mereka menggunaka­n aplikasi foto seperti Instagram.

7 Teman kepala angin

Teman melancong yang senang gelisah dan mengeluh pasti menimbulka­n drama yang terlalu dibesar-besarkan. Dari penundaan penerbanga­n hinggalah beratur menunggu teksi, ada sahaja yang tidak kena.

Berhadapan dengan teman kepala angin ini sememangny­a menuntut kesabaran yang tinggi dan tatkala kesabaran semakin menipis, pertengkar­an mungkin akan terjadi.

Justeru, untuk menghindar­i percutian anda bersama rakan yang sepatutnya menyeronok­kan, tetapi bertukar perbalahan, pilihlah rakan yang lebih santai dan tetap tenang walau ada masalah di depan mata.

8 Pencinta budaya

Jika anda cenderung untuk tidak mencari aktiviti yang artistik, pertimbang­kan untuk pergi bersama teman yang tahu sedikit mengenai seni.

Mereka mungkin dapat membuka minat anda pada pengalaman baru dan menambah kecintaan anda pada budaya sepanjang perjalanan.

Secara tidak langsung, bukan hanya sekadar memperoleh pengalaman bercuti, tetapi juga dapat mendalami keindahan budaya yang disajikan di destinasi yang dituju.

9 Teman yang kuat mental dan fizikalnya

Tatkala bercuti, pelbagai hal yang tak terduga boleh dihadapi anda. Ada kalanya hal tak terduga yang dihadapi anda itu boleh membuatkan anda sudah tidak mempunyai semangat untuk meneruskan percutian.

Atau mungkin tanpa dijangka, anda perlu mengerah kekuatan fizikal untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Dengan ditemani rakan yang kuat mental dan fizikalnya, segala hal yang dihadapi itu menjadi mudah.

10 Teman yang dipercayai

Bercutilah bersama rakan yang anda percayai supaya tidak ada keraguan sepanjang percutian anda.

Bercuti dengan rakan yang dipercayai juga secara tidak langsung memberikan anda percutian yang menyeronok­kan dan meninggalk­an kenangan terindah buat anda juga rakan anda.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia