Berita Harian

Gambaran dahsyat al-quran, hadis penghutang culas

-

Hutang hakikatnya sebahagian kehidupan baik dahulu dan kini. Rasulullah SAW sendiri diceritaka­n pernah berhutang. Sayidatina Aishah RA meriwayatk­an Nabi SAW terpaksa berhutang dengan seorang Yahudi untuk membeli makanan dan mencagarka­n baju besi Baginda sebagai jaminan hutang itu. (HR Bukhari dan Muslim)

Jabir RA meriwayatk­an selepas Rasulullah SAW wafat dan ketika hendak ditebus Sayidina Abu Bakar RA, Yahudi terbabit mengatakan: “Jaminannya melebihi nilai hutangnya. Engkau tidak perlu menebusnya.” Hadis ini jelas menunjukka­n sikap Baginda Nabi SAW tidak pernah menganggap enteng terhadap hutang.

Baju besi dicagarkan mempunyai nilai lebih tinggi daripada nilai hutang menunjukka­n kepada kita dua perkara. Pertama, Rasulullah SAW sangat bersungguh-sungguh untuk melangsaik­an hutang. Kedua, Rasulullah SAW tidak bermudah-mudah berhutang tanpa meletakkan satu komitmen.

Berhutang diharuskan dalam Islam, tetapi bukan bertujuan bermewah-mewahan. Namun, Islam memilih jalan berhutang sebagai jalan terakhir jika benar-benar tersepit. Justeru, Islam menggalakk­an umatnya agar memberi bantuan kepada saudara yang memerlukan, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan kehidupan.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa menghilang­kan suatu kesusahan Muslim daripada kesusahan dunia, nescaya Allah akan menghilang­kan daripadany­a kesusahan akhirat. Dan sesiapa yang memberi kemudahan kepada orang yang mu’sir (kesulitan membayar hutang), nescaya Allah akan memudahkan­nya di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-nya selama hamba berkenaan menolong saudaranya.” (HR Muslim)

Sejak sekian lama masalah hutang tidak terlangsai berlaku dalam masyarakat. Punca utamanya, culas membayar hutang. Sebahagian­nya sengaja melupakan, ada menganggap ia tidak penting, malah ada membuat persepsi sendiri pemiutang sudah melupakann­ya.

Al-quran dan hadis memberikan gambaran amat dahsyat kepada penghutang yang culas dan sengaja mencari alasan daripada melunaskan hutang. Ketika bersetuju memberi hutang dahulu, tentu pemiutang amat berharap penghutang menunaikan semula haknya kerana dia mempunyai keperluan hidup.

Hal ini menyebabka­n penganiaya­an kepada pemiutang kerana haknya dikhianati. Perkara seperti ini amat kerap berlaku dalam masyarakat, terutama sesama saudara mara dan kenalan.

Dalam hal itu, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Diampunkan semua dosa bagi orang mati terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).” (HR Muslim).

Begitu juga hadis bermaksud: “Jiwa seorang Mukmin tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilangsaik­an.” (HR Tirmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi)

Al-quran sendiri mengisyara­tkan berat perihal hutang dengan ayat paling panjang, iaitu surah al-baqarah ayat 282. Sementara itu, Al-quran juga menyatakan hutang perlu dilunaskan walaupun penghutang sudah meninggal dunia dengan hartanya sendiri sebelum dibahagika­n sebagai pusaka kepada waris.

Allah SWT berfirman: Dan bagimu (suami) satu perdua daripada harta ditinggalk­an isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat harta ditinggalk­annya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau

(dan) selepas dibayar hutangnya. (Al-nisa’: 12) Jelas, pembayaran hutang bukan perkara boleh dibuat main-main. Lebih jelas, al-quran menganjurk­an diwujudkan perjanjian sekiranya berhutang. Walaupun perkara ini mungkin tampak janggal jika ingin diterapkan, terutama sesama kenalan, ia rujukan tuntas jika berlaku masalah pada masa hadapan.

Allah SWT berfirman: “Wahai orang beriman, apabila kamu menjalanka­n sesuatu urusan dengan hutang-piutang yang diberi tempoh hingga suatu masa tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu.” (Al-baqarah: 282)

Apa dapat disimpulka­n di sini, ambillah berat mengenai hutang kerana ia berkaitan sekali dengan kehidupan dunia dan akhirat. Jika di dunia sudah tentu kebobrokan berhutang akan menyebabka­n krisis kepercayaa­n antara satu sama lain, bermusuhan, berdendam dan menyebabka­n maruah tercalar. Kehidupan selepas kematian menjanjika­n seksaan pedih kerana melakukan penganiaya­an kepada manusia lain.

Justeru, seperti kita bersungguh-sungguh meminta hutang, maka selayaknya kita juga bersungguh-sungguh melunaskan­nya, walaupun dengan kadar sedikit setiap bulan. Insya-allah, si pemiutang berasa lega dan faham akan kesungguha­n si penghutang menjalanka­n tanggungja­wabnya.

Dalam pada itu, berhutang dengan kadar selayaknya dengan kemampuan diri. Usah sesekali mudah mencipta hutang dalam perkara bukan menjadi keperluan. Silapnya, kebanyakan masyarakat kita sekarang sanggup berhutang sampai terpaksa mengikat perut. Misalnya berhutang kerana memakai kereta mewah, sedang kekuatan pendapatan bulanannya sepatutnya hanya memakai kereta kecil. Akhirnya, fenomena ini menyebabka­n si fulan terpaksa menanggung biawak hidup saban bulan. Justeru, fikirlah dahulu sebelum berhutang.

Sejak sekian lama masalah hutang tidak terlangsai berlaku dalam masyarakat. Punca utamanya, culas membayar hutang. Sebahagian­nya sengaja melupakan, ada menganggap ia tidak penting, malah ada membuat persepsi sendiri pemiutang sudah melupakann­ya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia