Berita Harian

Sabar cerminan Muslim beriman, akhlak mulia

-

Kalimah sabar memang mudah diungkapka­n , tetapi sukar ditunaikan sekiranya sesuatu ujian besar mengenai orang yang mengucapka­nnya.

Bagaimanap­un, sifat sabar membantu seseorang Muslim dalam meningkatk­an iman dan memperbaik­i akhlaknya, sekali gus menjadi sebab kepada ganjaran besar yang bakal diterima khususnya di akhirat.

Shuhaib RA meriwayatk­an Rasulullah SAW bersabda: Amat menakjubka­n urusan Mukmin kerana setiap urusannya memberikan kebaikan dan tidak akan berlaku kepada seseorang pun kecuali kepada Mukmin (yang sempurna keimananny­a). Jika dia mendapat sesuatu menggembir­akan, dia bersyukur dan ia kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya. (HR Muslim)

Malah, contoh teladan sabar yang dapat dipelajari daripada sirah Rasulullah SAW kerana Baginda tetap bersabar menyampaik­an dakwah Islam, walaupun dibalas bukan sahaja dengan kata-kata menyakitka­n, bahkan dengan perbuatan, termasuk cubaan membunuh dan perang yang dilancarka­n Musyrikin.

Kita sebagai umat akhir zaman yang dirindui Rasulullah SAW perlu menerapkan sifat sabar, terutama dalam melaksanak­an tuntutan agama dan meninggalk­an tegahan khususnya maksiat serta mungkar.

Anas Malik RA meriwayatk­an Nabi SAW bersabda: Satu zaman akan datang apabila orang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seseorang menggengga­m bara api. (HR Tirmizi)

Ia juga menjadi azimat kepada orang Melayu hingga melahirkan peribahasa genggam bara api biar sampai jadi arang, sekali gus tekad supaya kita menggengga­m agama hingga kelak ia dapat memberikan kesan baik kepada kita.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia