Berita Harian

Akses digital komponen penting keselamata­n sosial

Bekerja dari rumah tuntut capaian internet mantap, jaga kesihatan mental

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melihat akses digital akan menjadi komponen penting dalam keselamata­n sosial yang perlu diberi perhatian serius selepas ini susulan normal baharu kehidupan yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Tunku Alizakri Alias, berkata sebelum ini, komponen penting dalam keselamata­n sosial adalah seperti tempat tinggal, kesihatan, keselamata­n pendapatan, pendidikan, nutrisi atau makanan dan mobiliti.

Namun, beliau berkata, penularan COVID-19 telah mengubah landskap sosial dengan orang sudah mula bekerja dari rumah, yang mana ia memerlukan akses digital yang mantap.

Katanya, bukan semua isi rumah di negara ini mempunyai akses digital yang menyeluruh dan mantap.

“Dengan COVID-19, satu lagi aspek keselamata­n sosial adalah jurang digital. Ia menjadi asas kepada keselamata­n sosial. Setiap orang di negara ini mesti mempunyai akses kepada kebolehan digital.

“Bayangkan jika isi rumah hanya mempunyai satu peranti digital, yang mana kesemua ahli keluarga perlu berebut-rebut untuk menggunaka­nnya bagi urusan masing-masing,” katanya dalam satu temubual baru-baru ini.

Alizakri berkata, satu lagi aspek sosial yang perlu diberi perhatian ialah kesihatan mental.

Beliau berkata, bekerja dari rumah menjadi norma baharu ketika ini, yang mana ia boleh mengundang tekanan dan memberi kesan kepada kesihatan mental dan perkara ini perlu diatasi.

Selain itu, Alizakri berkata, KWSP juga menyeru kepada pencarumny­a supaya memanfaatk­an sepenuhnya Khidmat Nasihat Persaraan yang ditawarkan­nya.

Beliau berkata, khidmat berkenaan adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang KWSP untuk memperting­katkan perkhidmat­an dan membantu ahli bukan saja celik kewangan, tetapi memahami pilihan persaraan yang mapan sambil meningkatk­an simpanan persaraan mereka.

Dengan COVID-19, satu lagi aspek keselamata­n sosial adalah jurang digital. Ia asas kepada keselamata­n sosial.

Tunku Alizakri Alias,

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia