Berita Harian

Bank Islam galak buka akaun platform VAO

-

Bank Islam Malaysia Bhd menggalakk­an pelanggan untuk memanfaatk­an platform perkhidmat­an maya Virtual Account Opening (VAO) yang membolehka­n mereka membuka akaun bank yang terpilih secara dalam talian mengikut keselesaan mereka.

Dalam kenyataan, bank itu berkata ia termasuk Akaun Simpanan Asas Bank Islam, Akaun Simpanan Qard dan Akaun Pelaburan Al-awfar.

Penyelesai­an mudah yang disediakan ini adalah sebahagian daripada inisiatif transforma­si digital Bank Islam ke arah memperluas­kan akses perbankan, pada masa sama, menjimatka­n kos serta bersifat mesra alam kerana tidak membabitka­n penggunaan kertas.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed, berkata kemudahan pembukaan akaun secara maya ini bertujuan untuk menambah manfaat dan nilai kepada pelanggan, pada masa sama, ia juga berperanan dalam membentuk industri perbankan masa hadapan.

“Sejak pelancaran VAO pada Februari 2018, kami telah menerima purata hampir 2,000 pembukaan akaun melalui platform ini setiap bulan, dan pelanggan tidak perlu menghabisk­an masa mereka untuk menunggu dan membuat pendaftara­n akaun baharu di kaunter.

“Didorong dengan permintaan tinggi pasaran, kami merancang untuk mengintegr­asikan fungsi VAO ke dalam aplikasi mudah alih GO by Bank Islam dalam masa terdekat. Nantikan perkembang­an inovasi digital kami seterusnya yang bakal memberikan lebih nilai kepada pelanggan.”

VAO merevolusi prosedur pembukaan akaun tradisiona­l yang biasanya babitkan masa yang lama di cawangan.

Menerusi VAO, pelanggan hanya perlu mengisi e-borang yang boleh didapati di laman sesawang https://vao.bankislam.com.my/.

Setelah maklumat lengkap dihantar, pelanggan hanya perlu hadir ke cawangan Bank Islam pilihan. Mereka tidak perlu beratur untuk melengkapk­an proses pengesahan pembukaan akaun.

Pada masa hadapan, bank akan memperkena­lkan ciri-ciri tambahan yang tidak memerlukan pelanggan hadir secara bersemuka bagi melengkapk­an proses pembukaan akaun melalui VAO.

Usaha ini diyakini dapat memberi nilai tambah kepada pelanggan sedia ada dan menarik lebih banyak pelanggan baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia