Berita Harian

Pertambaha­n penduduk pacu ekonomi negara

-

Kuala Lumpur: Anggaran pertambaha­n penduduk Malaysia kepada 32.7 juta tahun ini bakal memberi limpahan ekonomi untuk tempoh jangka panjang kepada negara.

Ketua Unit Penyelidik­an Risiko Ekonomi & Politik Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata peningkata­n penduduk dilihat dapat meningkatk­an keseluruha­n permintaan domestik negara, terutama dalam penggunaan swasta.

Katanya, ia juga dapat mengukuhka­n pasaran buruh negara dalam mengurangk­an permintaan terhadap buruh asing pada masa hadapan.

“Dengan penguranga­n dalam kebergantu­ngan terhadap buruh asing, kadar upah dijangka meningkat serta produktivi­ti negara juga akan mengalami lonjakan,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Irwan Shah berkata, pertambaha­n penduduk Malaysia, bagaimanap­un mestilah disusuli dengan langkah untuk menstruktu­r ekonomi dalam jangka masa sederhana, seperti reformasi sektor pendidikan, penumpuan dalam mencipta sumber pertumbuha­n baharu, sistem kesihatan dan pendidikan yang mencukupi serta mensiapsia­gakan ekonomi dalam mendepani era digital dan mesra alam.

Katanya, pada ketika ini, apa yang perlu difokuskan adalah kualiti, bukannya kuantiti memandangk­an dalam aspek ekonomi, secara teori atau empirikal, tidak memiliki hubungan langsung dengan peningkata­n dalam pertumbuha­n penduduk.

“Jika kerajaan ingin meningkatk­an jumlah populasi, kerajaan boleh memperkasa­kan semula dasar 80 juta penduduk yang diperkenal­kan sekitar tahun 80-an dahulu. Inisiatif yang boleh dibuat adalah seperti pengecuali­an cukai dan pemberian skim khusus seperti kuota untuk pembelian rumah mampu milik,” katanya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam terbitan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2020 mendedahka­n jumlah penduduk Malaysia pada 2020 dianggarka­n 32.7 juta berbanding 32.5 juta pada 2019 dengan kadar pertumbuha­n penduduk tahunan 0.4 peratus.

Kadar pertumbuha­n penduduk warganegar­a kekal stabil pada 1.1 peratus dengan pertambaha­n penduduk daripada 29.4 juta pada 2019 kepada 29.7 juta pada 2020.

Sementara itu, Penganalis­is Ekonomi UNIKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi

Abdul Rashid, berkata kesan COVID-19 kepada ekonomi menunjukka­n Malaysia memerlukan pasaran domestik yang besar bagi mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap pasaran eksport.

“Tidak dinafikan keperluan infrastruk­tur utama perlu difikirkan kerajaan termasuk kesihatan, pendidikan, pengangkut­an untuk menyokong pertumbuha­n populasi. Namun yang lebih penting adalah meningkatk­an pendapatan perkapita dan sekali gus kuasa beli rakyat Malaysia menjadi negara maju, seiring dengan pendapatan perkapita Singapura dan Brunei,” katanya.

Bagi Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, untuk tempoh jangka sederhana, tidak akan berlaku impak yang ketara terhadap ekonomi negara kerana populasi negara masih menunjukka­n pertumbuha­n positif dan umur penengah penduduk masih rendah iaitu 29.2 tahun.

Justeru katanya, inisiatif yang boleh diperkenal­kan kerajaan untuk meningkatk­an jumlah populasi adalah dengan melaksanak­an dasar yang mesra keluarga dan wanita bekerjaya yang mempunyai bayi.

Sebagai contoh, katanya, menggalakk­an waktu kerja yang lebih fleksibel serta memberi pilihan untuk bekerja dari rumah, selain jumlah waktu bekerja juga boleh dikurangka­n tanpa menjejaska­n produktivi­ti pekerja.

“Cuti bersalin patut dipanjangk­an lagi kerana teknologi masa kini membolehka­n wanita yang baru melahirkan anak masih mampu menjadi tenaga kerja yang produktif walaupun berada di rumah berbulan-bulan lamanya.

“Selain itu, pusat asuhan bayi dan kanak-kanak yang dikendalik­an oleh pengasuh profesiona­l harus diperbanya­kkan di semua pejabat kerajaan dan swasta. Bantuan tunai juga boleh diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang ramai tetapi mempunyai pendapatan yang minimum,” katanya.

 ??  ?? Ahmed Razman Abdul Latiff
Ahmed Razman Abdul Latiff
 ??  ?? Irwan Shah Zainal Abidin
Irwan Shah Zainal Abidin
 ??  ?? Aimi Zulhazmi Abdul Rashid
Aimi Zulhazmi Abdul Rashid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia