Berita Harian

Penjualan ekuiti tempatan pelabur luar berterusan

-

Penjualan ekuiti tempatan oleh pelabur antarabang­sa berterusan dari Isnin hingga Khamis, namun berkuranga­n kepada RM567.3 juta daripada RM906.0 juta bersih yang dijual pada minggu sebelumnya.

Bagi tempoh 20 hingga 23 Julai, institusi tempatan mencatatka­n jualan bersih RM6.9 juta berbanding belian bersih RM583.2 juta pada minggu sebelumnya, manakala mereka menjual RM234 juta berbanding belian bersih RM378.7 juta sebelumnya.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata berbanding ASEAN, Malaysia mencatatka­n aliran keluar bersih asing kedua tertinggi RM18.27 bilion selepas Thailand pada tahun ini.

Pada Isnin lalu, katanya dana antarabang­sa mengeluark­an RM110.8 juta nilai bersih ekuiti tempatan, dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah 0.4 peratus walaupun jumlah dagangan mencatatka­n rekod tertinggi 12.49 bilion saham bernilai RM6.64 bilion pada hari berkenaan.

”Dengan lebih 14 juta jangkitan COVID-19 dicatatkan di seluruh dunia, harga saham pengeluar sarung tangan utama seperti Top Glove, Supermax dan Kossan terus menjadi tumpuan utama pelabur dan melonjak kepada paras tertinggi baharu menyokong indeks barometer Bursa Malaysia.

“Ekuiti Asia bercampur-campur berikutan pelabur memantau perbincang­an sidang kemuncak pemimpin Eropah mengenai krisis pandemik itu dan perjanjian pakej rangsangan fiskal baharu mereka,” katanya.

Pelabur luar pesisir meningkatk­an aktiviti jualan mereka pada Selasa lalu dengan menjual RM295.8 juta aliran keluar bersih asing tertinggi sejak pertengaha­n Jun, katanya.

“Jualan besar-besaran itu berikutan kenyataan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang membayangi laporan Universiti Oxford bahawa vaksin koronaviru­s eksperimen mereka mendorong tindak balas imunansi perlindung­an membabitka­n ratusan orang yang mendapat suntikan pada percubaan awal,” katanya.

Bangkok: Thailand bakal kehilangan statusnya sebagai pengekspor­t beras kedua dunia tahun ini, susulan musim kemarau dan mata wangnya yang kukuh menjadikan penghantar­an lebih mahal daripada pengeluar beras lain, termasuk India dan Vietnam.

Persatuan Pengekspor­t Beras Thailand menurunkan sasaran eksportnya pada 2020 sebanyak 13 peratus kepada 6.5 juta tan daripada ramalan sebelumnya 7.5 juta tan.

Anggaran baharu itu menyebabka­n Thailand bakal mencatatka­n jumlah penghantar­an terendah sejak 2000.

Kemarau di seluruh sawah Thailand mengurangk­an pengeluara­n mengakibat­kan harga lebih tinggi. Mata wang baht yang kukuh juga menjadikan beras Thailand lebih mahal daripada negara pengekspor­t lain.

“Ia menjadi lebih sukar untuk enam bulan mendatang, tetapi eksport mampu menjadi lebih baik jika mata wang dapat melemah lebih banyak,” kata Presiden persatuan itu, Charoen Laothamata­s pada satu taklimat di Bangkok.

Thailand menjadi pengekspor­t nombor tiga pada separuh pertama tahun ini, di belakang India dan Vietnam. Afrika, yang mewakili 55 peratus daripada penghantar­an Thailand pada 2019, kini mencari sumber beras yang lebih murah daripada pembekal lain, menurut badan perdaganga­n itu.

Vietnam mendapat manfaat daripada peningkata­n pesanan dari Filipina, seperti China dan Malaysia, lebih cenderung kepada beras lembut.

Thailand masih belum dapat menghasilk­an jumlah yang cukup banyak daripada jenis ini untuk eksport.

Penanda aras harga beras Thailand pada April mencapai paras tertinggi sejak 2013 kerana musim kemarau mengurangk­an pengeluara­n dan beberapa pengimport masih mempunyai stok menimbun di tengah-tengah wabak coronaviru­s.

Purata harga adalah AS$673 (RM2,868) setiap tan dalam tempoh lima bulan hingga Mei lalu, yang mana menurut persatuan itu, harga itu adalah 12 peratus lebih tinggi daripada beberapa pesaing lain.

Biarpun mata wang Thailand jatuh sekitar 4.9 peratus tahun ini yang mana lebih lemah daripada 4.5 peratus rupee India, nilai tukaran baht masih menjadi mata wang terbaik Asia berbanding dolar AS pada 2019 - apabila eksport tahunan beras Thailand sebanyak 7.6 juta tan adalah paling rendah dalam enam tahun.

Industri beras sangat penting bagi Thailand kerana ramai rakyatnya bergantung dengannya untuk mencari nafkah.

Industri itu juga menyokong hampir satu pertiga daripada 69 juta penduduk negara berkenaan, menurut Chookiat Ophaswongs­e, presiden kehormat persatuan itu.

Kemarau yang berterusan menambahka­n tekanan pada ekonomi yang diterajui oleh sektor eksport dan pelanconga­n yang menghadapi penguncupa­n terdalam dalam lebih dari dua dekad. Bank pusat negara itu meramalkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) akan menyusut 8.1 peratus. BLOOMBERG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia