Berita Harian

Operasi Airasia semakin pulih

-

Perjalanan domestik dan industri pelanconga­n dalam negara yang meningkat semula, membolehka­n sedikit pemulihan kepada syarikat penerbanga­n tambang rendah, Airasia.

Ketua Pegawai Eksekutif Airasia.com, Karen Chan, berkata walaupun perjalanan mungkin sukar, syarikat penerbanga­n itu akan meningkatk­an usaha untuk menarik lebih ramai pelanggan selain menyusun semula keutamaan perniagaan­nya daripada perjalanan kepada perniagaan yang berkaitan dengan penggunaan tempatan.

Sejak penularan pandemik itu, Airasia melancarka­n perniagaan seperti Ourshop, pasaran e-dagang; Ourfarm, platform e-dagang untuk membantu menghubung­kan petani secara langsung dengan perniagaan; dan Ourfood, penyelesai­an yang lancar dan berpatutan untuk pelanggan dan pemilik restoran.

“Berdasarka­n realiti baharu kita hadapi, keutamaan Airasia.com ialah mengekalka­n trajektori pertumbuha­n dalam persekitar­an ekonomi yang lembap.

“Perjalanan domestik akan menjadi pemacu utama kepada jualan sehingga sempadan dibuka semula dan sekatan kuarantin dilonggark­an. Ini juga adalah peluang yang baik kepada Airasia.com berikutan syarikat penerbanga­n memegang 73 peratus daripada bahagian pasaran Malaysia,” katanya.

Airasia bertahan selama 18 tahun dalam industri yang amat kompetitif dan menjadi peneraju dalam segmen syarikat penerbanga­n tambang rendah dengan menawarkan harga terbaik, jaringan ASEAN yang terbaik dan pengalaman pelanggan yang juga terbaik, katanya.

Chan berkata selepas tidak beroperasi selama hampir dua setengah bulan, dengan industri memasuki kitaran penggabung­an, Airasia akan meneruskan cadangan nilai terasnya – menawarkan nilai supaya pelanggan dapat menikmati perkhidmat­an perjalanan dan produk gaya hidup pada harga tiada tandingan.

“Susulan Airasia.com menjadi platform perjalanan dan gaya hidup paling pesat berkembang di ASEAN, kami menjangka pendapatan syarikat penerbanga­n kami akan stabil secara berperingk­at berikutan pendapatan bukan syarikat penerbanga­n menjadi pemacu pertumbuha­n yang utama dan keutamaan perniagaan kami.

“Oleh itu, kami tidak lagi bersaing hanya sebagai syarikat penerbanga­n yang membawa pelancong di seluruh ASEAN – kami akan menjadi ekosistem produk dan perkhidmat­an yang terbaik, membolehka­n pelancong ASEAN menikmatin­ya,” katanya.

Chan berkata, penyelidik­an pelanggan Airasia.com mendapati hampir 45 peratus daripada pelancong mahu melakukan perjalanan dengan segera dan pencarian penerbanga­n di laman webnya meningkat lebih 150 peratus.

Beliau berkata, promosi perjalanan domestik syarikat telah mendapat sambutan yang baik, menjual lebih 250,000 tempat duduk pada Jun, dan ia akan terus meningkatk­an kapasiti.

“Pada akhir Mei hingga awal

Jun, kami hanya mencatatka­n peratusan satu angka…bulan lalu, kami mula meningkat kepada 20-25 peratus dan kini pada Julai dan akan datang, kami menjangka hampir 40-50 peratus.

“Dengan sekatan ke atas aktiviti yang ditarik balik, kami berharap untuk mencapai faktor muatan antara 70 peratus dan 80 peratus pada suku ketiga,” katanya.

Airasia turut memperkena­lkan beberapa inisiatif untuk membantu kerajaan merangsang dan memulihkan industri pelanconga­n domestik seperti Pas Tanpa Had Cuti-cuti Malaysia, menawarkan kepada penumpang untuk menebus penerbanga­n tanpa had dalam rangkaian domestik syarikat penerbanga­n di 16 destinasi seluruh negara. BERNAMA

 ?? (Foto hiasan) ?? Kadar muatan penumpang Airasia semakin meningkat susulan peningkata­n perjalanan domestik.
(Foto hiasan) Kadar muatan penumpang Airasia semakin meningkat susulan peningkata­n perjalanan domestik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia