Berita Harian

Kes jangkitan global lebih 16 juta

-

Paris: Kes COVID-19 global setakat semalam melebihi 16 juta kes dengan separuh daripadany­a direkodkan di Amerika dan Caribbean.

Sebanyak 16,205,467 kes termasuk 648,476 kematian dicatatkan, dengan Amerika Syarikat (AS) yang merekodkan 4,315,709 jangkitan termasuk 149,398 kematian, kekal sebagai negara paling teruk terjejas akibat virus itu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, kelmarin melaporkan kira-kira 4,099,310 kes COVID-19, iaitu peningkata­n sebanyak 74,818 kes daripada jumlah harian sebelumnya.

Amerika Latin dan Carribbean merekodkan 4,328,915 kes dan 182,501 kematian, diikuti Eropah dengan 3,052,108 kes jangkitan dan 207,734 kematian.

Penularan pandemik itu juga semakin meningkat dengan lebih daripada lima juta kes disahkan pada Julai sahaja, iaitu satu pertiga daripada jumlah keseluruha­n jangkitan sejak wabak berkenaan bermula akhir tahun lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, lebih sejuta kes direkodkan dalam tempoh lima minggu lalu dengan lebih daripada 280,000 jangkitan dilaporkan pada 24 Julai.

Negara dengan angka kematian tertinggi berbanding jumlah penduduk ialah Belgium dengan 85 kematian bagi setiap 100,000 rakyat diikuti Britain dengan (67:100,000), Sepanyol (61:100,000), Itali (58:100,000) dan Sweden (56:100,000).

Di Asia Tenggara, Kementeria­n Kesihatan Singapura melaporkan 513 kes COVID-19 baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruha­nnya 49,888 jangkitan.

Sementara itu, Kementeria­n Kesihatan Mexico melaporkan 6,751 kes jangkitan baharu semalam selain 729 lagi kematian, menjadikan jumlah keseluruha­n 385,036 kes jangkitan termasuk 43,374 kematian.

Vietnam pula melaksanak­an semula langkah penjarakan sosial di Danang semalam selepas dua kes jangkitan tempatan dikesan selepas lebih tiga bulan bebas COVID-19.

Iran semalam melaporkan 2,316 jangkitan COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam, meningkatk­an jumlah keseluruha­n kepada 288,839 kes, menurut agensi berita rasmi, IRNA.

Kes di India pula meningkat dengan ketara semalam dengan merekodkan 705 kematian dan 48,661 lagi kes jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruha­n 1,385,522 kes jangkitan, termasuk 32,063 kematian.

Australia kini berdepan krisis terburuk sejak pandemik COVID-19 melanda apabila 10 kematian direkodkan semalam, manakala kes positif terus melonjak, meskipun perintah berkurung dilaksanak­an.

Perkembang­an terkini itu sekali gus menyaksika­n angka korban Australia akibat wabak berkenaan meningkat kepada 155 orang, sementara wilayah Victoria mencatatka­n 450 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia