Berita Harian

Wabak tak jejas rundingan damai isu selatan Thailand

Thailand, BRN berhubung secara dalam talian cari penyelesai­an

-

Pattani: Thailand komited mencari penyelesai­an damai yang berkekalan untuk menamatkan konflik selama beberapa dekad di wilayah bergolak di selatan walaupun rundingan damai tergendala akibat pandemik COVID-19.

Rundingan antara wakil Kerajaan Thailand, diketuai Jeneral Wanlop Rugsanaoh dan kumpulan bersenjata paling berpengaru­h di selatan Thailand, Barisan Revolusi Nasional (BRN).

Wanlop menjelaska­n, rundingan yang menyaksika­n bekas Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri A. Rahim Noor, bertindak sebagai fasilitato­r itu tergendala apabila sempadan di Thailand dan Malaysia, ditutup akibat pandemik.

“Namun, pihak kami masih berhubung dengan fasilitato­r (Rahim) dan kumpulan BRN secara dalam talian.

“Proses rundingan damai mesti diteruskan kerana ia adalah agenda kebangsaan untuk menamatkan keganasan di wilayah bergolak Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla di meja rundingan,” katanya.

Tambah Wanlop, pihaknya sedang mencari alternatif untuk meneruskan rundingan sekiranya pandemik COVID-19 berpanjang­an dan pertemuan secara fizikal tidak dapat diadakan.

Sebelum ini, BRN mengumumka­n tindakan gencatan senjata, khusus bagi menyediaka­n akses bantuan perubatan dan kemanusiaa­n buat penduduk di wilayah yang terjejas akibat COVID-19, pada 3 April lalu.

BRN berkata ia mengambil ‘langkah menghentik­an semua aktivitiny­a’ selagi ‘BRN tidak diserang oleh pihak berkuasa kerajaan Thailand’.

Sejak penularan wabak COVID-19

di Thailand pada Januari lalu, Wanlop berkata keganasan di wilayah bergolak berkuranga­n.

“Dalam tempoh pandemik, kami menerima mesej positif BRN yang mengumumka­n gencatan senjata dan menumpukan usaha bagi memerangi COVID-19, selaras dengan gesaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Namun, kami sedang meneliti punca keganasan berkuranga­n adakah ia berikutan pandemik COVID-19 atau hasil pengumuman pihak BRN (menyertai rundingan damai),” katanya.

Pada 23 hingga 25 Julai, Wanlop turun padang ke selatan Thailand bagi mendengar maklum balas dan cadangan pihak berkepenti­ngan seperti pemimpin agama tempatan serta Jawatankua­sa Penyelaras Tempatan untuk dibawa ke meja rundingan akan datang.

Rundingan damai antara delegasi BRN diketuai Anas Abdulrahma­n dan Thailand yang diadakan di Kuala Lumpur pada Januari dan Mac lalu membawa harapan baharu untuk menamatkan keganasan di selatan Thailand.

Kedua-dua pihak akhirnya mencapai kesepakata­n bahawa rundingan ialah cara terbaik untuk menyelesai­kan konflik bersenjata di wilayah majoriti Islam di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla di selatan Thailand.

Pemberonta­kan di selatan Thailand bermula pada 2004 di empat wilayah iaitu Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla, yang mengorbank­an 7,000 nyawa.

BERNAMA

Wanlop Rugsanaoh

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia