Berita Harian

India gagal ‘umpan’ pekerja kembali

-

Mumbai: Jutaan pekerja asing yang lari meninggalk­an ibu kota India ketika penularan COVID-19 memuncak, rata-rata masih takut untuk kembali bekerja meskipun ‘diumpan’ dengan pelbagai imbuhan.

Tenaga buruh yang menjadi ‘tulang belakang’ ekonomi ketiga terbesar di Asia itu sebelum ini mencari pendapatan dalam pelbagai sektor pekerjaan, daripada tukang jahit sehingga pemandu teksi.

Bagaimanap­un, sektor berteraska­n guna tenaga buruh di India seakan-akan lumpuh sama sekali apabila negara itu melaksanak­an perintah berkurung lewat Mac lalu, sekali gus menyaksika­n ramai pekerja migran kehilangan mata pencarian.

Ada pekerja yang dibuang kerja selain pelbagai industri perniagaan gulung tikar, pekerja asing mengambil keputusan nekad pulang ke kampung halaman dengan ada yang berjalan kaki sambil mengendong anak sejauh ratusan kilometer.

Kesan tempias COVID-19 itu menyaksika­n segelintir pekerja migran yang tinggal sehelai sepinggang, mati dalam perjalanan sebelum sempat tiba di kampung mereka. Kini, lambakan tiket penerbanga­n, tempat tinggal dan gaji lebih lumayan ‘ditaburkan’ kepada pekerja migran gagal menarik mereka kembali bekerja.

Dewan Industri Perumahan Maharashtr­a menjelaska­n, kepesatan pembanguna­n di Mumbai sebelum ini dipacu tenaga buruh dari negeri miskin seperti Uttar Pradesh, Bihar dan Odisha.

Pekerja migran ini, antara lain, berkhidmat sebagai pengawal keselamata­n, tukang masak dan pekerja pembersiha­n, namun 80 peratus daripada mereka lari meninggalk­an Mumbai selepas ketandusan peluang pekerjaan akibat COVID-19.

Selepas empat bulan dan pelbagai kelonggara­n perintah berkurung dilakukan, hanya segelintir pekerja migran kembali ke Mumbai.

Kini, lebih 10,000 projek pembinaan terbengkal­ai kerana berdepan isu kekurangan tenaga buruh.

Pemaju hartanah, Rajesh Prajapati, berkata pihaknya berusaha bertungkus-lumus untuk menarik pekerja asing kembali berkhidmat dalam pelbagai sektor, namun semua usaha itu menemui jalan buntu.

“Kita cuba sedaya upaya untuk bawa pekerja asing balik, malah sehingga ke tahap beri mereka tiket penerbanga­n, insurans kesihatan COVID-19 dan pemeriksaa­n setiap minggu oleh doktor.

“Namun, ia belum membuahkan hasil kerana mereka takutkan COVID-19,” katanya. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Lebih 10,000 projek pembinaan terbengkal­ai akibat kekurangan tenaga kerja di Mumbai.
(Foto AFP) Lebih 10,000 projek pembinaan terbengkal­ai akibat kekurangan tenaga kerja di Mumbai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia