Berita Harian

Indonesia pertimbang pulangkan cukai

Bantu sektor perniagaan pacu semula ekonomi pasca COVID-19

-

Jakarta: Indonesia sedang mempertimb­angkan kemungkina­n memulangka­n cukai dibayar oleh syarikat dalam usaha membantu mereka dalam tempoh getir angkara penularan COVID-19.

Perkara itu diumumkan Timbalan Menteri Kewangan Indonesia, Suahasil Nazara, sebagai antara langkah ketika kerajaan republik itu merancang untuk melaraskan semula pelan rangsangan ekonominya.

Katanya, negara kuasa besar ekonomi Asia Tenggara itu memperuntu­kkan 695.2 trilion rupiah (RM0.2 trilion) sebagai tindak balas menangani pandemik COVID-19 tetapi beberapa insentif cukai yang disediakan tidak banyak digunakan.

“Justeru, kita merancang memulangka­n cukai yang dibayar, kalau sebelum ini sektor perniagaan merungut mengenai cukai, kita akan kembalikan cukai 2019 mereka,” katanya ketika temu bual dalam talian.

Bagaimanap­un, Nazara enggan mengulas sama ada ia membabitka­n semua atau sebahagian pembayaran cukai syarikat.

Beliau berkata, kerajaan juga mungkin memansuhka­n bayaran elektrik minimum bagi perniagaan ketika pandemik dengan pembayaran hanya untuk kuasa yang diguna, sambil menambah syarikat Perusahaan Listrik Negara akan dibayar pampasan.

Perbelanja­an dan jangkaan kemerosota­n hasil kerajaan memberi tekanan terhadap belanjawan Indonesia dengan defisit tahun ini lebih besar lebih berbanding sedekad lalu pada tahap 6.34 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kerajaan turut dikritik kerana terlalu lambat membelanja­kan peruntukan belanjawan tahun ini selepas hanya menggunaka­n 39 peratus Belanjawan 2020 setakat ini.

Menurut Nazara, Kementeria­n Kewangan bermesyuar­at dengan agensi kerajaan lain untuk mempercepa­tkan pelaksanaa­n program bagi mengelak KDNK menjunam tahun ini berbanding peningkata­n 5 peratus pada 2019.

AGENSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia