Berita Harian

Polis AS guna bom peledak silau halang protes

-

Seattle: Polis Amerika Syarikat (AS) didakwa menggunaka­n bom peledak silau, semburan lada dan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang berarak di bandar serata negara itu menentang isu perkauman serta kekejaman pihak berkuasa.

Tindakan itu secara langsung meningkatk­an lagi gelombang kemarahan orang awam terhadap arahan Presiden AS, Donald Trump menambah anggota keselamata­n Persekutua­n di semua bandar utama di mana berlaku tunjuk perasaan.

Tunjuk perasaan yang tercetus selepas kematian seorang warga kulit hitam, George Floyd, di Minneapoli­s pada 25 Mei lalu itu kini semakin melarat sehingga menggugat kempen Trump bagi pemilihan presiden November ini.

Penunjuk perasaan berarak di Austin, Texas; Louisville, Kentucky; New York; Omaha; Oakland dan Los Angeles di California serta Richmond, Virginia.

Richmond juga adalah bandar di mana pihak polis baru-baru ini melepaskan bahan kimia terhadap peserta tunjuk perasaan Black Lives Matter (BLM) atau ‘hidup orang berkulit hitam penting’.

Di Seattle, bunyi letupan bahan peledak kedengaran di beberapa jalan dan asap dilihat berkepul-kepul dari kawasan di mana penunjuk perasaan bertindak membakar lori treler di sebuah tapak pembinaan.

Selain itu, penunjuk perasaan juga memotong tayar kereta serta memecahkan cermin kenderaan dan menggunaka­n payung bagi melindungi diri daripada semburan lada oleh pihak polis.

Semalam, polis Seattle memaklumka­n 45 orang ditangkap kerana ada kaitan dengan demonstras­i yang merancang rusuhan, menurut ciapan di Twitter rasmi mereka.

Ketua Polis Seattle, Carmen Best, memohon orang ramai supaya datang ke bandar itu secara aman dan menegur perbuatan penunjuk perasaan.

“Perusuh tidak mempedulik­an keselamata­n masyarakat, pegawai atau perniagaan dan harta benda yang habis mereka hancurkan,” katanya menurut laporan media tempatan.

Keganasan terbaru itu berlaku selepas polis dan anggota keselamata­n Persekutua­n melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraika­n penunjuk perasaan di Portland pada awal pagi kelmarin. AFP

 ?? (Foto Getty Images) ?? Polis menggunaka­n bom peledak silau, semburan lada dan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan di Seattle.
(Foto Getty Images) Polis menggunaka­n bom peledak silau, semburan lada dan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan di Seattle.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia