Berita Harian

Filem ditayang Astro First ke pawagam

-

Apabila pawagam kembali beroperasi, ia menjadi berita gembira buat penggiat filem dan kaki wayang sejak 1 Julai lalu. Selama berbulan-bulan, pawagam tidak beroperasi berikutan pandemik COVID-19, kini sudah tiba buat kaki wayang melepaskan rindu dengan menikmati kualiti filem menerusi sinematik berbeza di layar perak.

Usaha ini secara tidak langsung membantu industri filem bergerak secara aktif selepas berdepan dengan kemerosota­n teruk. Astro Shaw pula buat kali pertama dalam sejarah membawakan filem hebat yang pernah ditayangka­n di Astro First ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke pawagam.

Langkah strategik dimulakan dengan penayangan filem Syif Malam Raya pada 30 Julai ini, diikuti Ada Apa Dengan Dosa (10 September) dan Town

Mall (1 Oktober).

Ketiga-tiga filem berkenaan melakar kejayaan tersendiri di Astro First. Seiring rangka pemasaran kreatif, filem Syif Malam Raya meraih RM3 juta dalam tempoh 10 hari. Ia dianggap pencapaian luar biasa bagi platform Astro First.

Lanjutan kerjasama sebelumnya, ramai penerbit meletakkan kepercayaa­n kepada Astro Shaw untuk menjadi pengedar bagi aktiviti edaran di pawagam pula.

“Apabila kerajaan membenarka­n pawagam beroperasi semula pada 1 Julai lalu, sudah tentu industri perfileman bernafas semula. Sebagai tanda sokongan Astro kepada pawagam, kami membawakan khas tiga filem hebat untuk ditayangka­n di layar besar. Tiga filem berbeza genre ini mencetus fenomena apabila berjaya mengunggul­i kutipan tinggi dalam Carta Astro First.

“Kami pasti ramai ingin menikmati keseronoka­n menerusi filem seram komedi, Syif Malam Raya, babak menyayat hati luar nikah dalam Ada Apa Dengan Dosa dan inspirasi daripada kisah benar, Town Mall di layar besar.

“Selaras itu, kami memberikan peluang kepada penonton merasai perspektif dan pengalaman sinematik berbeza di panggung wayang. Kami mengharapk­an inisiatif ini dapat merancakka­n kembali industri perfileman tempatan, sekali gus membantu menjana ekonomi negara,” kata Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad.

Katanya, Astro Shaw sentiasa membuka ruang dan bersedia bekerjasam­a dengan lebih ramai penerbit untuk membawa karya mereka dipersemba­hkan kepada penonton sasaran.

Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Kemajuan

Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid berkata, pihaknya menyambut baik dan menykong usaha Astro dalam membantu penjanaan semula industri perfileman serta pawagam.

“Sudah menjadi tanggungja­wab FINAS membantu penggiat seni dan pawagam yang terjejas pasca COVID-19. Apabila Astro mengemukak­an langkah proaktif ini, pasti kami menyambutn­ya dengan rasa besar hati untuk merancakka­n semula ekonomi filem negara.

“Idea dan konsep diperkenal­kan Astro sesuatu yang pembaharua­n buat industri. Jadi, kami memainkan peranan dalam menyokong dalam pelaksanaa­nnya.

“Kami harap inisiatif ini bukan sahaja dapat membantu penerbit filem dan pawagam, malah menjadi motivasi kepada penerbit filem untuk menghasilk­an lebih banyak karya berkualiti meskipun dalam keadaan normal baharu,” katanya.

Dalam keterujaan untuk menonton di pawagam, Astro Shaw mengingatk­an penonton sentiasa meningkatk­an komitmen dalam aspek kawalan kendiri serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

 ??  ?? dalam filem Syif Malam Raya.
Antara adegan
dalam filem Syif Malam Raya. Antara adegan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia