Berita Harian

Perlu had gaji siling kerana Liga M ‘terlebih nilai’

-

Kuala Lumpur: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon menyifatka­n Liga Malaysia (Liga M) sebagai liga yang ‘terlebih nilai’ sekali gus melihat pengenalan had gaji siling sebagai satu keperluan yang perlu dilaksanak­an.

Meskipun mengakui pasaran Liga M adalah pasaran terbuka, Johan menjelaska­n saingan Liga M ‘terlebih nilai‘ daripada sudut pelaburan memandangk­an ia tidak dapat menjana hasil yang sama dengan jumlah pelaburan yang sudah dilakukan.

“Liga M adalah pasaran terbuka di mana kalau banyak duit, pemain dapat banyak gaji dan kalau kurang duit, pemain akan dapat kurang gaji. Tetapi saya percaya had gaji siling sangat penting untuk ‘set semula’ Liga M kerana saya berpendapa­t Liga M adalah terlebih nilai.

“Kalau kita laburkan RM10 juta, adakah kita akan mendapat balik pulangan RM10 juta itu? Itu adalah soalan ekonomi yang perlu kita jawab kerana setakat ini, kita tidak dapat lagi menarik balik atau menjana hasil yang sama dengan pelaburan yang dibuat.

“Hampir 80 peratus kos pengurusan adalah membabitka­n gaji dan kalau kita mahu buat perubahan besar (dalam pengurusan kewangan), kita ubah 10 peratus (gaji) pun sudah beri kesan yang banyak,” katanya.

Beliau mengulas mengenai bajet yang diperlukan sesebuah pasukan Liga M untuk kekal bersaing dalam Liga Super dalam satu temuramah di stesen radio tempatan, semalam.

Pada masa sama, Johan memaklumka­n bajet sekitar RM8 juta hingga RM10 juta dilihat hanya ‘cukup-cukup makan’ untuk memastikan mereka dapat terus kekal bersaing dalam saingan divisyen satu itu.

“Saya rasa minimum RM8 juta ke RM10 juta sudah cukup untuk kekal dalam Liga Super tetapi kalau dibandingk­an bajet itu dengan pasukan seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Pahang atau Perak, jurangnya sangat besar.

“Perak, Terengganu (TFC), Kedah, Pahang dan Selangor, bajetnya sekitar RM15 juta ke RM25 juta. Jadi, kalau RM8 juta itu tiga kali ganda lebih kecil daripada pasukan terbabit. Sebab itu saya percaya had gaji siling diperlukan,” katanya,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia