Berita Harian

RUU Pengangkut­an Jalan (Pindaan) 2020 tunggang basikal lajak,

memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dibentang di Parlimen

-

Kuala Lumpur: Rang Undang-undang (RUU) Pengangkut­an Jalan (Pindaan) 2020 dibaca kali pertama di Dewan Rakyat semalam, selaras hasrat kerajaan menjadikan jalan raya di negara ini lebih selamat.

Pindaan itu membabitka­n 15 fasal utama dan menyentuh 13 Seksyen Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333), dibentang selepas diluluskan Kabinet 17 Julai lalu.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata antara pindaan utama adalah hukuman sedia ada, membabitka­n kadar denda, tempoh penjara dan penggantun­gan lesen memandu.

Selain itu, katanya, hukuman itu berbentuk pencegahan dan pengajaran supaya orang ramai mematuhi semua peraturan jalan raya, seterusnya meningkatk­an tahap keselamata­n lalu lintas.

“Pindaan daripada Seksyen 41 hingga Seksyen 45 Akta 333 adalah komitmen kerajaan memastikan tindakan tegas bagi kesalahan pemanduan di bawah pengaruh alkohol, dadah atau memandu secara melulu, termasuk merempit dan memandu gila-gila (melulu).

“Kita mahu menjaga keselamata­n rakyat sebab itu kena tegas. Justeru, pemandu jangan cuba dan cabar (dengan melakukan kesalahan),” katanya pada sidang media selepas taklimat RUU Pengangkut­an Jalan (Pindaan) 2020.

Kabinet pada 24 Jun lalu, dilapor bersetuju meminda Seksyen 41 hingga 45 Akta 333 secara khusus bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara melulu.

Ka Siong berkata, kesalahan bagi memandu dalam keadaan mengantuk hingga menyebabka­n kemalangan atau kematian pengguna jalan raya lain tidak terkecuali dan dikategori­kan pemanduan secara melulu atau berbahaya.

Kempen kesedaran dan aktiviti pendidikan berkaitan corak pemanduan selamat digerakkan selaras RUU itu, selain berbincang dengan pengendali perkhidmat­an e-hailing mengenai pemandu upahan pada waktu malam bagi individu mabuk.

Terdahulu, beliau berkata, pindaan Seksyen 44 Akta 333 iaitu memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol dinaikkan antara 10 hingga 15 tahun, denda minimum RM50,000 atau maksimum RM100,000, selain hilang kelayakan lesen memandu bagi tempoh 10 tahun, bagi sabitan pertama.

Pindaan mencadangk­an penjara antara 15 hingga 20 tahun, denda tidak kurang RM100,000 dan maksimum RM150,000 serta hilang kelayakan lesen bagi tempoh 20 tahun, untuk kesalahan seterusnya.

Seksyen 41 iaitu menyebabka­n kematian kerana memandu melulu atau berbahaya memperuntu­kkan hukuman penjara antara lima ke 10 tahun, denda RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan lesen hingga lima tahun, bagi sabitan pertama.

Pindaan itu mencadangk­an penjara 10 hingga 15 tahun, denda RM50,000 ke RM100,000 atau hilang kelayakan lesen selama 10 tahun, bagi sabitan berikutnya.

RUU itu juga meminda Seksyen 45A iaitu memandu dengan kepekatan alkohol melebihi had mencadangk­an penjara maksimum dua tahun, denda RM10,000 hingga RM30,000 dan hilang kelayakan lesen selama dua tahun, bagi kesalahan pertama.

Pesalah boleh dipenjara minimum lima tahun, denda RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan lesen lebih lima tahun, bagi sabitan berikutnya.

Turut dipinda, kadar alkohol kini ditetapkan 22 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter (ml) nafas; 50 miligram (mg) alkohol dalam 100ml darah atau 67mg alkohol dalam 100ml air kencing.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia