Berita Harian

Pesara guru kerugian

RM1.07 juta ditipu sindiket Macau Scam

-

Petaling Jaya: Seorang pesara guru wanita berusia 71 tahun, kerugian RM1.07 juta selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam.

Mangsa mula menjadi sasaran selepas menerima satu panggilan daripada individu mendakwa petugas ‘Pos Laju Malaysia’ memaklumka­n ada satu bungkusan dihantar dari Kepong ke Sabah mengandung­i kad pengenalan atas nama mangsa, pada 25 Mei lalu.

Panggilan itu kemudian disambungk­an pula kepada seorang lelaki lain mendakwa sebagai anggota polis berpangkat sarjan bernama ‘Chong Sin Hadari’.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata suspek mendakwa bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

“Mangsa diberitahu dia terbabit dengan sindiket kegiatan pengubahan wang haram dan butiran peribadiny­a kononnya digunakan seorang lelaki yang juga bekas pengurus bank yang sudah pun ditangkap.

“Mangsa kemudian diugut akan turut sama ditangkap dan direman sekiranya memberitah­u perkara itu kepada orang lain,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Nik Ezanee berkata, mangsa yang bimbang dengan ugutan itu terpaksa mengikut segala arahan suspek dengan memindahka­n wang simpananny­a ke dalam 10 akuan syarikat yang berbeza.

“Pemindahan wang dibuat secara berperingk­at dengan transaksi pertama dibuat pada 15 Jun lalu dan yang terakhir pada 23 Julai lalu.

“Semua wang yang dipindahka­n berjumlah RM1.07 juta sebelum menyedari menjadi mangsa penipuan dan membuat satu laporan polis semalam,” kata Nik Ezanee.

Katanya lagi, pasukan siasatan kini sedang mengesan suspek serta akaun bank yang digunakan sindiket terbabit.

“Kita nasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah dan ugutan yang diterima daripada mana-mana pihak.

“Modus operandi sindiket penipuan terkini dikesan kerap menyasarka­n golongan warga emas yang kurang pendedahan mengenai maklumat mengenai jenayah siber termasuk Macau Scam,” kata beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia