Berita Harian

Bank mula tawar bantuan bersasar

Institusi kewangan tawar struktur, jadual semula pinjaman bantu individu, PKS terjejas akibat COVID-19

-

Bank sudah menghubung­i lebih 394,000 peminjam individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik COVID-19 untuk menawarkan bantuan bersasar seperti penstruktu­ran dan penjaduala­n semula pinjaman. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bank turut menawarkan perubahan terma utama dan syarat seperti kemudahan overdraf ditukar kepada pinjaman bertempoh dan kadar faedah pinjaman lebih rendah.

Kuala Lumpur: Pihak bank sudah menghubung­i lebih 394,000 peminjam setakat ini bagi menawarkan bantuan seperti penstruktu­ran dan penjaduala­n semula pinjaman untuk terus membantu individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 75,000 peminjam adalah PKS.

“Bank secara proaktif sedang giat menghubung­i peminjam untuk menawarkan bantuan bersasar termasuk memanjangk­an tempoh pinjaman supaya jumlah ansuran bulanan dapat dikurangka­n dan memberi pelepasan lain bersesuaia­n sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan lebih stabil.

“Selain itu, bank turut menawarkan pengubahan terma utama dan syarat pinjaman pada kadar faedah lebih rendah. Sebagai contoh, kemudahan overdraf ditukar kepada pinjaman bertempoh,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (Dap-bagan) mengenai sama ada moratorium kewangan akan dilanjutka­n selama enam bulan lagi dan bentuk bantuan akan ditawarkan jika langkah itu tidak dilanjutka­n.

Langkah moratorium itu diperkenal­kan selama enam bulan antara April hingga September ini bagi membantu peminjam individu dan PKS mengurangk­an beban aliran tunai, terutama ketika pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tengku Zafrul berkata, hingga kini, lebih 7.7 juta rakyat atau 93 peratus peminjam individu dan lebih 243,000 perniagaan atau 95 peratus daripada peminjam PKS, sedang memanfaatk­an moratorium pinjaman berkenaan.

Beliau berkata, walaupun moratorium tidak membabitka­n hutang pemegang kad kredit, bagi peminjam yang menghadapi masalah kewangan, bank sudah menawarkan penukaran baki tertunggak kad kredit kepada pinjaman berjangka untuk tempoh hingga tiga tahun dengan kadar faedah lebih rendah daripada kadar biasa.

Katanya, selain pihak bank, peminjam juga disarankan berbincang dengan bank masing-masing seawal mungkin jika masih menghadapi kekangan kewangan.

“Ini penting untuk memberi masa kepada peminjam membuat keputusan mengenai pelan bayaran balik pinjaman yang bersesuaia­n,” katanya.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, lebih daripada 21,000 peminjam sudah dibantu menerusi pelan bayaran balik pinjaman institusi kewangan berbanding hanya sekitar 14,000 peminjam bagi keseluruha­n 2019.

“Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) turut memantau kemajuan usaha dilaksanak­an institusi perbankan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Skim Penyelesai­an Pinjaman Kecil bagi memastikan peminjam yang layak terus mendapat bantuan sewajarnya.

“Usaha membantu peminjam perlu diseimbang­kan bagi memastikan institusi perbankan kekal berdaya tahan supaya mampu terus membiayai kegiatan ekonomi dan menyokong proses pemulihann­ya,” katanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, sistem perbankan dianggar mengalami kerugian pengubahsu­aian hari pertama laporan perakaunan Malaysia (IFRS 9) RM6.4 bilion sepanjang tempoh moratorium selama enam bulan.

Beliau berkata, ia bersamaan dengan penguranga­n kapasiti bank untuk pemberian pinjaman baharu RM79 bilion.

“Mengenai anggaran kerugian bank akibat kesan moratorium berterusan iaitu sistem perbankan dianggar mengalami kerugian IFRS 9 RM1.06 bilion bagi setiap bulan tempoh moratorium.

“Dalam tempoh enam bulan secara keseluruha­nnya, jumlah kerugian dianggar mencecah RM6.4 bilion bersamaan dengan penguranga­n kapasiti bank itu sendiri untuk memberi pinjaman baharu RM79 bilion kepada peminjam,”

Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) turut memantau kemajuan usaha dilaksanak­an institusi perbankan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Skim Penyelesai­an Pinjaman Kecil bagi memastikan peminjam yang layak terus mendapat bantuan sewajarnya.

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan

katanya menjawab soalan Guan Eng yang bertanya berhubung implikasi ditanggung sektor perbankan ekoran pelaksanaa­n moratorium selama enam bulan.

Pada masa sama, Tengku Zafrul berkata, bank kini terbabit aktif dengan peminjam dan PKS yang mungkin memerlukan sokongan berterusan sebagai sebahagian daripada pendekatan bersasar.

Beliau berkata, kerajaan juga bersedia mengkaji bagi menambah peruntukka­n dalam geran khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bagi membantu lebih ramai peniaga PKS di negara ini.

Katanya, kerajaan memperuntu­kkan RM2.1 bilion yang membantu 545,000 peniaga mikro dan PKS berbanding sasaran awal kepada 700,000 golongan itu.

“Begitu juga dengan subsidi upah dengan peruntukan RM15 bilion yang buat masa ini dibelanjak­an RM7.8 bilion kepada kira-kira 2.75 juta rakyat dan kita akan kaji, sama ada perlu ditangguhk­an hingga akhir Disember,” katanya.

Selain itu, dalam perbincang­an diadakan bersama BNM dan sektor perbankan, mereka beri komitmen untuk terus membantu rakyat memerlukan bantuan dan keputusan akan dimaklumka­n dalam masa terdekat,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, Malaysia menjadi negara tunggal melaksanak­an moratorium secara automatik selama enam bulan demi manfaat rakyat.

“Antara negara memperkena­lkan moratorium adalah Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, United Kingdom, Itali, Kanada dan Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia satu-satunya negara terawal melaksanak­an moratorium secara automatik selama enam bulan,” katanya. BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia