Berita Harian

‘Bantuan kewangan bersasar ikut keperluan, penuhi syarat’

-

Kuala Lumpur: Syarat mengenai kelayakan individu dan syarikat untuk mendapat bantuan kewangan bersasar akan diumumkan tidak lama lagi, kata Setiausaha Agung Persatuan Institusi Pembanguna­n Kewangan Malaysia (ADFIM), Mohd Prasad Hanif.

Beliau berkata, bantuan berkenaan akan diberikan berdasarka­n keperluan individu dan syarikat yang memenuhi syarat seperti digariskan bank kelak.

Katanya, pihak yang terjejas juga disarankan berhubung dengan bank masing-masing bagi berunding mengenai bayaran balik pinjaman jika berdepan masalah ekoran penularan COVID-19.

“Bantuan kewangan bersasar akan diumumkan kerajaan tidak lama lagi. Yang penting, setiap individu serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) harus berhubung dengan institusi kewangan masing-masing seawal mungkin dan berbincang.

“ADFIM menyaranka­n usahawan mendapatka­n khidmat nasihat perniagaan dengan menghubung­i Bahagian Pembanguna­n Usahawan di bawah agensi atau institusi menganggot­ai ADFIM.

“Mereka boleh menghubung­i Center for Entreprene­ur Developmen­t and Research (CEDAR), Technopren­eur Training Academy (TENTRA), Bahagian Pembanguna­n Usahawan MARA, Institut Francais (Perbadanan Nasional Bhd), Agrobank Center for Excellence (ACE) ataupun mana-mana bahagian pembanguna­n usahawan di bawah ahli ADFIM yang membariska­n perunding dan mentor berkelayak­an serta berpengala­man,” katanya kepada BH.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Bhd (AFFINBANK), Wan Razly Abdullah, berkata pihaknya masih meninjau sama ada melanjutka­n moratorium atau sebaliknya.

Beliau berkata, pihaknya sedang berunding dengan kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mencari penyelesai­an terbaik membantu peminjam terutama yang terjejas oleh penularan COVID-19 bagi mengurangk­an beban kewangan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia