Berita Harian

Kerajaan negeri laksana syarat sembelihan

-

Kuala Lumpur: Kerajaan negeri semalam, turut menerima dan melaksanak­an semakan semula prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini seperti diputuskan Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan.

Walaupun membenarka­n sembelihan korban dibuat di kawasan masjid dan surau, kerajaan negeri juga menggalakk­an agar urusan itu diselesaik­an di pusat sembelihan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar atau rumah sembelihan ruminan swasta.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata kerajaan negeri itu menetapkan hanya 50 petugas dibenarkan hadir bagi urusan penyembeli­han 10 ekor haiwan korban pada Aidiladha tahun ini.

Katanya, pengurusan masjid dan surau perlu melihat kesesuaian kawasan untuk mengadakan penyembeli­han binatang korban berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah, Datuk Najmi Ahmad, berkata SOP yang diputuskan Kerajaan Pusat itu bukan sahaja perlu dipatuhi pengurusan korban, tetapi juga individu menyertai ibadah itu.

“Dari segi hukum memang sunat menyaksika­n waktu penyembeli­han, namun dalam keadaan ketika ini, memadai hanya seorang wakil hadir ke lokasi.

“Dia menjadi (wakil) urus dan bawa balik daging sembelihan ke rumah untuk diagihkan, itu adalah lebih baik,” katanya.

Pesuruhjay­a Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad, berkata setakat ini tiada masjid dan surau di negeri itu memohon melakukan korban melebihi 10 ekor ternakan.

Beliau berkata, mereka yang menyertai ibadah korban juga tidak dibenarkan berhimpun di tapak penyembeli­han untuk menunggu pengagihan daging korban.

“Hanya tujuh orang, iaitu mereka yang mengambil bahagian dalam ibadah korban dibenarkan berada di kawasan korban.

“JHEAT mengarahka­n jawatankua­sa masjid dan surau serta penganjur melantik penyembeli­h, selain petugas untuk melakukan kerja melapah haiwan korban,” katanya.

Sementara itu, Pengurusan 10 masjid di Wilayah Persekutua­n pula akan menggunaka­n sangkar hidraulik untuk melaksanak­an ibadah korban sempena Aidiladha, mulai Jumaat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia