Berita Harian

Kerajaan semak semula SOP korban, Aidiladha

Jumlah tetamu tak lebih 20, individu kena kuarantin dilarang keluar

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) sambutan Aidiladha dan ibadah korban tahun ini, dengan mengehad jumlah tetamu diterima, bilangan haiwan korban dan peserta yang hadir di tempat korban.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jumlah tetamu yang berkunjung ke rumah menghadiri jamuan sempena Aidiladha tidak dibenarkan melebihi 20 orang pada satu-satu masa.

Beliau berkata, individu yang masih dalam proses kuarantin rumah, dilarang sama sekali keluar dari rumah atau pulang ke kampung.

“Mereka juga dilarang menunaikan solat sunat Aidiladha, malah tidak boleh menerima tetamu di rumah mereka.

“Jika individu memakai gelang tangan kuarantin melanggar peraturan yang ditetapkan, orang ramai diminta segera melaporkan kepada polis,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan di sini, semalam.

Bagi ibadah korban, Ismail Sa

Ismail Sabri pada sidang media

bri berkata, jumlah ternakan disembelih tidak boleh melebihi 10 ekor sehari di masjid dan surau, termasuk lokasi korban yang dibenarkan Pejabat Agama Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Jumlah itu tertakluk kepada keluasan lokasi korban. Jika luas kawasan itu boleh memuatkan sehingga 10 ekor, maka boleh sampai 10 ekor. Jika enam ekor, maka enamlah.

“Selain itu, jumlah kehadiran ketika ibadah korban adalah mengikut nisbah 20 orang untuk setiap haiwan. Jamuan makan di tapak korban tidak dibenarkan kecuali makanan dibungkus,” katanya.

Ismail Sabri berkata, ibadah korban di masjid dan surau, hanya boleh diadakan selama empat hari termasuk hari pertama Aidiladha, iaitu selepas solat sunat Aidiladha dan tiga hari Tasyrik.

“Namun, mengambil kira sambutan Aidiladha yang jatuh pada Jumaat, ibadah korban digalakkan pada hari kedua, ketiga dan keempat,” katanya.

Ismail Sabri berkata, walaupun korban dibenarkan dibuat di masjid dan surau serta lokasi dibenarkan, kerajaan menggalakk­an ibadah korban dilakukan di 28 rumah sembelihan di bawah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar dan 31 rumah penyembeli­han ruminan swasta yang dilesenkan.

Katanya, walaupun semua SOP itu terpakai di Wilayah Persekutua­n, ia boleh diguna pakai Majlis Agama Negeri-negeri sebagai rujukan.

“Bagi memantau penyembeli­han, kenduri atau jamuan, pihak polis berada di lapangan, tempat penyembeli­han dan sebagainya. Mereka akan memantau dengan ketat seperti dilaksanak­an ketika Aidilfitri,” katanya.

Ketika menjelaska­n bahawa tiada sebarang sekatan perjalanan rentas sempadan dilaksanak­an menjelang Aidiladha ini, Ismail Sabri menasihati orang ramai sentiasa mematuhi SOP ketika meraikan sambutan itu.

“Tidak ada sekatan perjalanan, sebab itu saya kata masih boleh balik kampung, cuma patuhi SOP. Walaupun dibenarkan, kita kena jaga diri kita,” katanya

 ?? (Foto BERNAMA) ?? selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaa­n PKP di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaa­n PKP di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia