Berita Harian

Mohon had pergerakan di Sarawak lulus

-

Kuala Lumpur: Kerajaan Persekutua­n semalam, meluluskan permohonan kerajaan Sarawak mengehadka­n pergerakan di antara zon di negeri itu, mulai 1 hingga 14 Ogos ini, bagi mengekang penularan wabak COVID-19 terutama di Kuching.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daerah yang diletakkan di bawah Zon Satu yang dikategori­kan sebagai Zon Kuning atau Merah adalah Kuching, Serian dan Samarahan, manakala Zon Dua yang dikategori­kan sebagai Zon Hijau adalah Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang, iaitu Zon Hijau COVID-19.

“Mana-mana individu yang ingin bergerak di antara zon yang ditetapkan perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala pergerakan dalam zon adalah dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan di sini, semalam.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, sepanjang tempoh sama, jumlah penerbanga­n dari Semenanjun­g, Sabah dan Labuan ke Sarawak akan dikurangka­n.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, had pergerakan yang dilaksanak­an di Sarawak, berbeza dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuas­akan sebelum ini.

“Jika PKP dahulu, keluar rumah pun tidak dibenarkan tetapi pada kali ini, mereka mesti memohon kebenaran polis, maknanya masih ada kebebasan.

“Pergerakan dalam zon, kalau dalam Zon Merah sekali pun, contohnya dari Samarahan ke Kuching dibenarkan tetapi jika keluar zon, mereka perlu mendapatka­n kebenaran kerana kita tidak mahu mereka dari Zon Merah pergi ke Zon Hijau, yang mungkin memberi kesan kepada Zon Hijau itu,” katanya.

Dalam perkembang­an berasingan, Ismail Sabri berkata, semua anak kapal yang mahu menjalani proses masuk kerja (sign on) dan tamat kerja (sign off) perlu menjalani ujian saringan COVID-19.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan kerajaan dalam usaha memperketa­t prosedur operasi standard (SOP) bagi proses pertukaran anak kapal.

“Bagi anak kapal yang hendak menjalani proses Sign On, mereka perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sejurus tiba di pintu masuk antarabang­sa Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia