Berita Harian

‘Wujud gelombang ketiga jika tidak patuh SOP’

Rakyat terus digesa lebih berdisipli­n patuhi peraturan elak penularan baharu

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Malaysia akan menghadapi gelombang ketiga wabak COVID-19 jika orang ramai tidak patuh dengan prosedur operasi standard (SOP), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Susulan itu, beliau berkata, ahli masyarakat mesti mengambil tindakan pencegahan bagi mengelak kes baharu meningkat secara mendadak.

“Pada minggu lalu saja, sudah ada peningkata­n 120 kes dan kluster baharu yang diibaratka­n sebagai ‘bara’, manakala individu yang tidak mematuhi SOP pula ‘bahan api’.

“Sekiranya bara itu bertemu bahan api, sudah tentu ia meng- hasilkan pertambaha­n kes baharu secara mendadak.

“Jika itu berlaku, fasiliti kesihatan di Malaysia tidak mampu merawat jumlah pesakit,” katanya, di sini semalam.

Dr Noor Hisham berkata, ada tujuh kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam membabitka­n empat kes import dan tiga kes penularan dalam negara.

Katanya, empat kes import itu mendapat jangkitan dari Indonesia, Australia, Russia dan Pakistan.

Beliau berkata, kes baharu itu menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 8,904 kes dengan jumlah kes aktif 179 kes.

Sehingga tengah hari semalam, beliau berkata, hanya satu kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negara ini sebanyak 8,601 kes, bersamaan 96.6 peratus daripada jumlah keseluruha­n.

“Bagi kes kematian pula, tiada pertambaha­n kes kematian disebabkan COVID-19 dan jumlahnya kekal 124 kes,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, bagi minggu 19 hingga 25 Julai lalu, Sarawak mencatat jumlah tertinggi penambahan kes baharu COVID-19, iaitu 48 kes.

Selain Sarawak, katanya, dua lagi negeri turut mencatatka­n pertambaha­n kes baharu yang tinggi ialah Johor (29 kes) dan Selangor (24 kes).

“Pada minggu dikaji (epid) ke-30 tahun 2020 (iaitu 19 Julai 2020 sehingga 25 Julai), sebanyak 120 kes baharu dilaporkan di Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan, Kementeria­n Kesihatan.

“Tiga negeri mencatat kes tertinggi iaitu Sarawak, Johor dan

Selangor,” katanya.

Berikutan kes tertinggi dicatatkan di Sarawak, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya sudah menghantar pasukan khas ke negeri itu bagi meninjau dan memberi pandangan mengenai situasi penularan serta pengurusan jangkitan COVID-19.

“Pasukan berkenaan membabitka­n pakar perubatan kesihatan awam, pakar perubatan patologi dan sebagainya. Mereka memberi bekerjasam­a rapat dengan pasukan pelbagai disiplin di Sarawak,” katanya.

 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ?? Pegawai penguat kuasa kesihatan bersama polis membuat pemeriksaa­n mengejut terhadap pesakit dalam pemantauan di sekitar kawasan Bandar Utama, Selangor bagi memastikan pematuhan arahan kuarantin, semalam.
(Foto Asyraf Hamzah/bh) Pegawai penguat kuasa kesihatan bersama polis membuat pemeriksaa­n mengejut terhadap pesakit dalam pemantauan di sekitar kawasan Bandar Utama, Selangor bagi memastikan pematuhan arahan kuarantin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia