Berita Harian

KKM syor beri pelitup muka percuma kepada golongan B40

-

Putrajaya: Kementeria­n Kesihatan mencadangk­an diberi pelitup muka secara percuma kepada golongan berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kajian terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuktika­n pemakaian pelitup muka boleh memutuskan rantaian COVID-19.

Beliau berkata, cadangan pemberian pelitup muka secara percuma itu berikutan pengumuman kerajaan mewajibkan rakyat untuk memakai alat perlindung­an berkenaan ketika berada di kawasan tumpuan.

“Memang terbukti penggunaan pelitup muka itu dapat mengurangk­an kadar penyebaran COVID-19, dan atas sebab itu kita mewajibkan orang ramai untuk memakai pelitup muka di tempat awam bermula 1 Ogos ini.

“Kita perlu jadikan ia sebagai satu keutamaan, pertamanya kita wajibkan penumpang pengangkut­an awam untuk memakai pelitup muka kerana tiada penjarakan sosial ketika di dalam pengangkut­an berkenaan.

“Kedua, kita wajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan orang ramai. Atas sebab itu kita bercadang untuk memberikan pelitup muka secara percuma kepada golongan sasar,” katanya pada sidang media COVID-18, di sini, semalam.

Sementara itu, Dr Noor Hisham meminta supaya orang ramai tidak menggunaka­n pelitup muka selapis terutama jenis kain kerana ia tidak berkesan untuk menghalang virus berkenaan.

“Kita tak galakkan untuk orang menggunaka­n pelitup jenis fabrik dan selapis, sekiranya mahu menggunaka­n pelitup muka jenis itu ia perlulah mempunyai tiga lapisan seperti yang disarankan WHO,” katanya.

Kita perlu jadikan ia sebagai satu keutamaan, pertamanya kita wajibkan penumpang pengangkut­an awam untuk memakai pelitup muka kerana tiada penjarakan sosial ketika di dalam pengangkut­an berkenaan.

Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia