Berita Harian

Hari penentuan kes SRC Najib

Pasukan pendakwaan, pembelaan kemuka hujah bermula 1 Jun lalu

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Kuala Lumpur: Hari ini, Mahkamah Tinggi akan memutuskan di akhir pembelaan sama ada Datuk Seri Najib Razak bersalah atau dibebaskan daripada tujuh tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC Internatio­nal Sdn Bhd yang dihadapiny­a.

Pasukan pendakwaan dan pembelaan bermula 1 Jun lalu mengemukak­an hujahan masing-masing di akhir kes pembelaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, sebelum ia menetapkan tarikh bagi keputusan.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambara­m pada prosiding sebelum ini berhujah, antaranya bekas Perdana Menteri itu mengetahui lebih RM42 juta wang milik SRC Internatio­nal dalam tiga akaunnya dan menggunaka­n wang berkenaan bagi manfaat sendiri.

Beliau berkata, perancanga­n antara ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, Allahyarha­m Datuk Azlin Alias bagi pihak tertuduh dan antara Jho Low serta Najib bagi memastikan dana mencukupi untuk pengeluara­n cek.

Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berhujah, Najib tidak menyebabka­n pemindahan dana daripada syarikat SRC Internatio­nal ke dalam dua syarikat lain sebelum dipindah masuk ke dalam akaun beliau.

Katanya, keterangan Nik Faisal kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukka­n bekas eksekutif kanan itu menafikan Najib mengetahui wang berasal daripada SRC.

Hujahan pendakwaan

Perancanga­n antara Jho Low dan bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, Allahyarha­m Datuk Azlin Alias bagi pihak tertuduh dan antara Jho Low serta Najib bagi memastikan dana mencukupi untuk pengeluara­n cek

Najib bukan tertuduh biasa, usahanya untuk menunjukka­n kurang pengetahua­n mengenai akaun berjuta-juta, rekaan semata-mata dan perlu ditolak

Tindakan Najib tidak pernah melihat penyata banknya selama lima tahun sebagai sesuatu yang ‘menarik’

Peranan Jho Low bagi memastikan penyata bank Najib dirahsiaka­n kerana transaksi menunjukka­n pengetahua­n tertuduh terhadap wang dalam akaun

Isu kesahihan tandatanga­n Najib hanya dibangkitk­an ketika bicara peringkat pembelaan, tidak dicabar pada kes pendakwaan

Tidak masuk akal tertuduh mengaku dia ragu dengan tandatanga­nnya pada dokumen yang dipersoalk­an hanya selepas dimaklumka­n dokumen asal tidak dikemukaka­n ketika bicara.

Bagi tuduhan pengubahan wang haram, Najib gagal mendapatka­n penjelasan sumber wang masuk ke dalam akaunnya

Najib tidak boleh mengarahka­n orang lain memastikan dana sentiasa ada dalam akaun untuk dibelanjak­an tanpa mengambil berat mengenai sumbernya

Hujahan pembelaan

Rumit untuk mengemukak­an pembelaan kerana kedudukan Najib yang tinggi dalam kalangan masyarakat dan prejudis awam terhadap kes

Najib mangsa penipuan salah perwakilan oleh Jho Low; bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil dan pegawai bank yang tidak jujur serta pengurusan kanan SRC

Pembelaan membuktika­n bekas Pengarah Bukan Eksekutif SRC, Datuk Suboh Md Yassin menafikan ia adalah tanda tangan beliau pada dokumen yang kemudian memindahka­n dana daripada SRC kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd dan Putra Perdana Constructi­on Sdn Bhd

Ia adalah kegagalan nyata dalam membuktika­n pemilikan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (tuduhan pecah amanah jenayah)

Pembelaan membuktika­n elemen objektif jenayah melampaui sebarang keraguan, bahawa SRC dalam keadaan huru-hara mengenai siapa yang menandatan­gani dokumen pemindahan wang itu.

Keratan akhbar BH

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia