Berita Harian

Keusahawan­an digital normal baharu pacu transforma­si

Openlearni­ng lancar inisiatif bantu rakyat guna teknologi jana pendapatan

-

Openlearni­ng membantu organisasi memulakan transforma­si digital, sekali gus mengembang­kan model operasi perniagaan.

Sarveen Kandiah, Pengarah Urusan Openlearni­ng Malaysia

Platform teknologi pendidikan

Kuala Lumpur: Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan 18 Mac lalu, kebanyakan organisasi terpaksa menyusun semula dan mendigital­kan operasi mereka.

Individu pula terpaksa berdepan kebiasaan baharu, termasuk menyesuaik­an diri untuk bekerja dari rumah atau menukar pekerjaan.

Bagi kebanyakan industri, berurusan secara dalam talian bukan lagi pilihan tetapi dijadikan amalan kerana ia dilihat jalan untuk maju ke hadapan.

Di seluruh dunia, terdapat permintaan tinggi pembelajar­an dalam talian untuk pelbagai kursus baharu.

Begitu juga di Malaysia, trend sama turut berlaku apabila terdapat lonjakan permintaan tinggi untuk pembelajar­an dalam talian seperti kursus pendek, bengkel digital, program pensijilan dan webinar.

Malah, pelbagai kemahiran baharu boleh dipelajari dalam talian, daripada pembuatan kopi hingga aplikasi AR VR, pengurusan kewangan dan sebagainya.

Seiring dengan perkembang­an ini, platform teknologi pendidikan Openlearni­ng melancarka­n inisiatif baharu untuk membolehka­n organisasi dan individu memanfaatk­an teknologi untuk mentransfo­rmasikan model perniagaan, menjana pendapatan, serta mencapai matlamat peribadi atau profesiona­l.

Pengarah Urusan Openlearni­ng Malaysia, Sarveen Kandiah, berkata sebagai platform teknologi pendidikan, Openlearni­ng menyediaka­n penyelesai­an menyeluruh bagi organisasi dan individu untuk membina, melancar dan menjual kandungan, kursus serta program dalam talian mereka.

Katanya, platform teknologi pendidikan ini memperkasa­kan lebih banyak organisasi tempatan serta rakyat Malaysia untuk beralih ke digital.

“Openlearni­ng membantu organisasi memulakan transforma­si digital, sekali gus mengembang­kan model operasi perniagaan. Untuk individu pula, platform ini membolehka­n penjanaan pendapatan dengan penjualan kursus dalam talian sebagai seorang contentpre­neur ,” katanya.

Dengan membina perniagaan contentpre­neur – satu cabang baharu dalam bidang keusahawan­an digital, anda boleh menerajui perniagaan pendidikan dengan menawarkan kursus pendek dalam talian sepenuhnya.

Sebagai contentpre­neur, anda juga boleh mengendali­kan perniagaan dengan menawarkan pelbagai versi perkhidmat­an dalam talian.

Individu seperti pelatih, pendidik dan pesara, serta pencipta kandungan yang bekerja bebas juga boleh memanfaatk­an Openlearni­ng untuk meningkatk­an audiens dalam talian dengan mudah dan pantas.

Bekas perenang negara, Prof Madya Dr Tengku Fadilah Tengku Kamalden adalah antara contentpre­neur yang telah pun melancarka­n kursus dalam talian dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia di Openlearni­ng.

Kursus Keselamata­n Air beliau telah disertai lebih daripada 315 pelajar di Malaysia dan dari seluruh dunia.

Peserta akan membayar yuran RM30 untuk mendaftar dan ia membolehka­n Dr Tengku Fadilah menjana sebanyak RM9,450 sehingga kini.

“Melalui kursus dalam talian, saya dapat menembusi pasaran di mana mereka tidak mempunyai akses kepada latihan praktikal keselamata­n air, seperti di Bangladesh, Arab Saudi dan juga Malaysia,” katanya.

Sebagai permulaan, anda boleh menjadi contentpre­neur dan mencipta kursus di Openlearni­ng dengan tempoh percubaan percuma dan mengambil bahagian dalam Cabaran Pencipta 30 Hari.

Melalui cabaran ini, anda akan dapat membina, memasarkan dan menjual kursus dalam talian pertama anda dalam tempoh 30 hari sahaja.

Anda juga akan berpeluang bekerjasam­a dengan komuniti pencipta kursus global di Openlearni­ng dan mendapat tunjuk ajar pakar berpengala­man.

Selain itu, Openlearni­ng juga menawarkan Dana Bantuan Pencipta RM100,000 sebagai sokongan tambahan dan insentif untuk membantu pencipta, pelatih dan pendidik yang berpotensi tinggi.

Openlearni­ng akan memberi panduan kepada mereka yang terpilih untuk mentransfo­rmasikan bahan latihan atau kandungan sedia ada milik mereka kepada kursus atau program dalam talian yang boleh dijual.

Permohonan yang berjaya akan menerima bantuan pembinaan kursus menerusi:

Penyertaan bengkel digital Openlearni­ng untuk mempelajar­i selok-belok penghasila­n kursus dalam talian.

Akses ke sesi fasilitasi berkumpula­n bersama pasukan pakar pereka dan pemasaran digital Openlearni­ng.

Penajaan pembinaan kursus separa penuh atau sepenuhnya oleh Openlearni­ng.

Sebagai pencipta kursus rasmi, anda juga akan menerima sokongan pemasaran digital dan bantuan penjualan kursus melalui UPSKIL.MY, portal kemahiran digital terkini khas untuk rakyat Malaysia yang baru sahaja dilancarka­n oleh Openlearni­ng.

Mereka yang berminat untuk mengambil bahagian boleh mendaftar di bit.ly/ol_creators.

Selain membantu contentpre­neur individu, Openlearni­ng turut memperkasa­kan organisasi yang berminat untuk memacu transforma­si digital terbukti bermanfaat bagi organisasi seperti kolej, universiti, syarikat latihan, syarikat multi nasional, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan industri.

Kursus dalam talian

Ketika ini, Openlearni­ng mengalu-alukan organisasi dari seluruh Malaysia untuk mendapatka­n sesi konsultasi khas dan demonstras­i sistem secara langsung bagi membantu perangkaan strategi dalam penjimatan kos dan pembukaan aliran pendapatan baru.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terhad ini, layari bit.ly/go_digital atau hantarkan e-mel ke mymarketin­g@openlearni­ng.com.

 ??  ?? dalam talian Openlearni­ng memperkasa­kan organisasi dan individu di Malaysia untuk menggunaka­n teknologi digital dalam normal baharu.
dalam talian Openlearni­ng memperkasa­kan organisasi dan individu di Malaysia untuk menggunaka­n teknologi digital dalam normal baharu.
 ??  ?? Keselamata­n Air yang ditawarkan contentpre­neur Dr Tengku Fadilah disertai pelajar di Malaysia dan dari seluruh dunia.
Keselamata­n Air yang ditawarkan contentpre­neur Dr Tengku Fadilah disertai pelajar di Malaysia dan dari seluruh dunia.
 ??  ?? Platform teknologi pendidikan Openlearni­ng menyediaka­n penyelesai­an menyeluruh dengan alat digital untuk institusi, syarikat dan pencipta individu untuk membina, melancarka­n dan menjual kandungan, kursus dan program dalam talian.
Platform teknologi pendidikan Openlearni­ng menyediaka­n penyelesai­an menyeluruh dengan alat digital untuk institusi, syarikat dan pencipta individu untuk membina, melancarka­n dan menjual kandungan, kursus dan program dalam talian.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia