Berita Harian

160 pelajar Malaysia di Yaman rayu bantu bawa pulang

-

Kuala Lumpur: Seramai 160 pelajar Malaysia yang terkandas di Yaman selama lebih empat bulan akibat COVID-19, merayu kerajaan membantu membawa mereka pulang ke tanah air secepat mungkin.

Yang Dipertua Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) Hadramaut, Syed Abdul Matin Syed Husin Al-idrus, berkata rakyat Malaysia di Yaman, yang majoritiny­a pelajar, berdepan kesulitan apabila kebanyakan­nya hampir kehabisan wang perbelanja­an.

Selain itu, katanya, ada rakyat Malaysia yang terperangk­ap itu menghidap penyakit kronik, sedang sarat mengandung, sudah tamat pengajian dan pasport hampir tamat tempoh.

“PERMAYA dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Oman beberapa kali merancang penerbanga­n khas untuk membawa pulang pelajar Malaysia, namun gagal kerana keengganan syarikat penerbanga­n terbang ke Yaman disebabkan isu keselamata­n.

“Buat masa ini, syarikat penerbanga­n Yemenia Airways sudah beroperasi semula tetapi kos penerbanga­n pulang terlalu tinggi dan kebanyakan pelajar kurang berkemampu­an untuk membiayai kos itu, khususnya bagi yang berkeluarg­a.

“PERMAYA merayu Kerajaan Malaysia membantu memudah cara kepulangan mereka yang berada dalam keperitan berdepan keadaan tidak menentu dan sekatan perjalanan akibat COVID-19.

“Kami juga memohon bantuan kewangan untuk meringanka­n beban pelajar yang perlu menanggung kos kuarantin 14 hari di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu, pelajar di Yaman yang dihubungi BH, Irfan Nazhan Mohd Nasri, 25, memaklumka­n selain pelajar dan keluarga mereka, ada sejumlah kecil rakyat Malaysia yang datang melancong ke Yaman turut terperangk­ap ketika ini.

Katanya, mereka mula terperangk­ap Mac lalu apabila Kerajaan Yaman mengenakan sekatan dan menutup sempadan negara itu.

“Ketika ini, sempadan di antara Yaman dan Oman masih ditutup, manakala penerbanga­n dari lapangan terbang Yaman terlalu mahal, selain perlu transit di Mesir, Jordan atau Sudan, sebelum perlu membeli tiket penerbanga­n kedua untuk ke Malaysia,” katanya.

 ??  ?? Operasi mengesan warga asing di Bukit Malut dijangka dapat dilakukan dalam tempoh terdekat.
Operasi mengesan warga asing di Bukit Malut dijangka dapat dilakukan dalam tempoh terdekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia