Berita Harian

Imigresen siap sedia gempur

-

Alor Setar: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Kedah sudah melakukan risikan dan siasatan di kawasan penempatan haram Bukit Malut, Langkawi, bagi mengenal pasti warga asing di kawasan berkenaan.

Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaluddin, berkata operasi mengesan warga asing di kawasan itu dijangka dapat dilakukan dalam tempoh terdekat, namun ia bergantung kepada kemampuan depoh menampung jumlah tahanan.

Katanya, ketika ini pihaknya berdepan masalah berikutan jumlah warga asing terlalu ramai di Depot Tahanan Imigresen (DTI) sedia ada menyebabka­n perancanga­n lain perlu dibuat.

“Kita sedang mengatur perancanga­n bersama agensi kerajaan lain, termasuk polis bagi mengambil tindakan di situ kerana ia juga membabitka­n masalah dadah.

“Saya difahamkan ada antara mereka menjadi nelayan, jadi kerjasama agensi lain diperlukan, selain kita tunggu masa yang sesuai untuk mengambil tindakan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Ahad lalu, BH melaporkan kawasan penempatan haram Bukit Malut semakin membesar apabila lebih banyak rumah dibina dan tapak baharu diteroka tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Jika sebelum ini, kebanyakan rumah penduduk dilihat dibina di kawasan rizab hutan paya bakau, kini mereka semakin berani apabila menarah kawasan lereng bukit sehingga menghampir­i jalan utama.

Mengulas lanjut, Zuhair berkata, warga asing yang kini berada di DTI tidak dapat dihantar pulang menyebabka­n pihaknya sukar melakukan operasi penahanan.

“Kawasan di Bukit Malut agak luas, kita perlu seimbangka­n tangkapan dengan keadaan depot tahanan kita yang penuh. Apa pun kita hanya tunggu masa sesuai untuk gempur kawasan Bukit Malut, tidak lama lagi,” katanya.

Zuhair Jamaluddin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia