Berita Harian

RUU 355 tingkat bidang kuasa Mahkamah Syariah

- Penulis adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Kajian Tinggi Islam (IAIS) Malaysia

Persoalan mengenai Rang Undang-undang (RUU) 355 sekali lagi dibangkitk­an dalam Dewan Rakyat pada 22 Julai lalu. Dalam soalan lisan Datuk Dr Hasan Bahrom (Ph-tampin) mengenai statusnya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, memaklumka­n ia memerlukan pertimbang­an dan penelitian menyeluruh agar tidak bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Bagi mengimbau kembali RUU 355 ini, cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) (Akta 355) diusulkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-marang) di Persidanga­n Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 dengan mencadangk­an hukuman mengikut hukum syarak kecuali hukuman mati dan kemudian ditangguhk­an ke sidang Dewan Rakyat berikutnya.

Pada 24 November 2016 pula, Ahli Parlimen Marang itu mengemukak­an pindaan kepada usul pertama dibuat pada 26 Mei dengan mencadangk­an hukuman denda RM100,000, penjara 30 tahun dan sebat 100 kali serta pindaan usul itu ditangguhk­an.

Pada 6 Mei 2017 pula, usul itu dicadangka­n semula dengan lebih mendalam Ahli Parlimen Marang dan diperjelas­kan oleh Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-KOTA Bharu) tetapi tidak dibahaskan kerana Dewan Rakyat menangguhk­an usul berkenaan untuk dibahaskan ke persidanga­n berikutnya. Hingga kini RUU 355 belum dibahaskan.

Perlu dinyatakan tujuan RUU 355 dibuat adalah untuk meningkatk­an bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad, iaitu denda RM5,000 sahaja atau tiga tahun penjara atau/dan sebat enam kali kepada bidang kuasa lebih mengikut Syariah kecuali hukuman bunuh.

Dalam perbincang­an akademik, cadangan meningkatk­an bidang kuasa Mahkamah Syariah banyak diperbahas­kan dalam wacana dan seminar, bahkan juga dalam penulisan. Sebagai contohnya, Allahyarha­m Prof Dr Ahmad Ibrahim ketika hayatnya menyuaraka­n perkara sama.

Apakah RUU 355 ini bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembaga­an Persekutua­n? Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu meneliti peruntukan dalam Perlembaga­an Persekutua­n yang memperuntu­kkan bidang kuasa jenayah Islam yang begitu terhad, yang hanya meliputi enam kategori.

Ia membabitka­n kesalahan matrimoni seperti menganiaya­i isteri dan tidak taat kepada suami; berhubung seks (zina, khalwat, sumbang dan melacur) serta kesalahan berhubung minuman keras (menjual dan membeli arak).

Selain itu, kesalahan berhubung aspek kerohanian sebagai seorang Islam seperti gagal menunaikan solat Jumaat bagi lelaki, enggan bayar zakat dan fitrah serta dan tidak menghormat­i bulan Ramadan dengan tidak berpuasa; kesalahan berhubung pertukaran agama (tidak melaporkan dan mendaftar masuk atau keluar daripada agama Islam) serta pelbagai kesalahan lain yang tidak termasuk dalam kategori berkenaan.

Bagi kesalahan jenayah umum lain seperti mencuri, merompak, merogol dan membunuh, peruntukan bagi keseksaan boleh didapati dalam Kanun Keseksaan dan bidang kuasa mahkamah dianugerah­kan kepada Mahkamah Sivil. Kesalahan ini sudah disenaraik­an di bawah Jadual Kesembilan, Senarai I - Senarai Persekutua­n.

Justeru, Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak boleh membuat undang-undang tersenarai di bawah Senarai Persekutua­n kecuali Senarai Bersama. Ini dapat dilihat apabila berlaku pertikaian dalam kes liwat. Ini kerana terdapat dua peruntukan bertindih dalam kesalahan liwat. Kesalahan liwat diperuntuk­kan dalam Kanun Keseksaan dan Akta/enakmen Kesalahan Jenayah

Syariah.

Dalam membincang­kan pelaksanaa­n undang-undang jenayah syariah di negara ini, ia mesti meliputi undang-undang hudud, qisas (termasuk diyat) dan takzir. Undang-undang jenayah Islam bukan sekadar hudud sahaja.

Dalam RUU 355 itu, cadangan meningkatk­an hukuman jenayah syariah tidak boleh terkeluar daripada peruntukan dalam Perlembaga­an Persekutua­n. Memandangk­an sebahagian kesalahan terletak di bawah hukuman hudud dan qisas terdapat dalam Kanun Keseksaan seperti membunuh, mencuri serta mencederak­an tubuh badan, Mahkamah Syariah tidak diberi bidang kuasa untuk menjatuhka­n hukuman bunuh, potong tangan pencuri dan menghukum pesalah mencederak­an orang lain kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil.

Dalam kesalahan hudud seperti zina bagi orang muhsan (berkahwin) yang dihukum dengan hukuman rejam hingga mati, Mahkamah Syariah tidak boleh melaksanak­an hukuman ini kerana mengambil bidang kuasa Mahkamah Sivil.

Maka, Mahkamah Syariah hanya boleh menjatuhka­n hukuman 100 kali sebatan sahaja yang dibenarkan ke atas penzina sama ada muhsan atau ghair muhsan sekiranya RUU 355 diluluskan. Malah Parlimen bagi Wilayah Persekutua­n perlu meminda Akta Jenayah Syariah dan DUN bagi negeri-negeri perlu meminda Enakmen Jenayah Syariah bagi meningkatk­an bidang kuasa diberi dalam Akta 355 setelah diluluskan di Parlimen.

Dalam konteks undang-undang jenayah Islam yang sedang terpakai di negara ini, kebanyakan kesalahan hudud sudah termaktub dalam undang-undang jenayah syariah di negeri. Cuma, hukuman dikenakan bersifat takzir kerana itu sahaja bidang kuasa diberikan dalam undang-undang. Dari segi beban pembuktian, ia mengguna pakai kriteria seperti dalam undang-undang hudud.

Melihat keadaan semasa dan mengambil kira kekangan Perlembaga­an Persekutua­n, Kanun Keseksaan, politik semasa dan kemajmukan masyarakat Malaysia, undang-undang jenayah Syariah hanya boleh dilaksanak­an ke atas orang Islam serta di Mahkamah Syariah.

Bagi memungkink­an RUU 355 menjadi kenyataan, pindaan Perlembaga­an dan undang-undang sedia ada seperti Kanun Keseksaan dan Undang-undang Jenayah Syariah di negeri yang membabitka­n bidang kuasa persekutua­n dan negeri perlu dihalusi.

Di samping bidang kuasa dalam perkara sivil, Parlimen melalui Perlembaga­an Persekutua­n memperuntu­kkan kesalahan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Jadual Kesembilan, Butiran 1, Senarai II – Senarai Negeri, menganuger­ahkan bidang kuasa jenayah Syariah hanya ke atas orang Islam dan hanya terhad kepada kesalahan dilakukan orang Islam yang bertentang­an dengan ajaran Islam dan mengadakan hukuman terhadap kesalahan berkenaan.

Hasrat RUU 355 adalah untuk meningkatk­an bidang kuasa Mahkamah Syariah seluruh negara yang sekian lama ‘dianakitir­ikan.’

RUU 355 tidak mengambil bidang kuasa Mahkamah Sivil mahupun hak orang bukan Islam. RUU 355 tidak memungkink­an undang-undang jenayah syariah dapat dilaksanak­an sepenuhnya kerana ia masih tertakluk peruntukan dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan Kanun Keseksaan kecuali dipinda Parlimen.

Bagi memungkink­an RUU 355 menjadi kenyataan, pindaan Perlembaga­an dan undang-undang sedia ada seperti Kanun Keseksaan dan Undang-undang Jenayah Syariah di negeri yang membabitka­n bidang kuasa persekutua­n dan negeri perlu dihalusi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia