Berita Harian

Penularan semula COVID-19 rencat usaha pulih ekonomi

- Penulis adalah Timbalan Pengarah, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan, UUM

Malaysia antara beberapa negara berjaya memerangi pandemik COVID-19 dari segi mengawal penularan wabak dan mengurus kesan terhadap ekonomi secara keseluruha­n. Namun, ada tanda awal menunjukka­n peningkata­n dalam jangkitan hingga kembali mencecah dua angka sehari dengan pertambaha­n kluster baharu.

Walaupun masih terlalu awal menyimpulk­an gelombang kedua COVID-19, risikonya tetap ada jika rakyat terus alpa terhadap amalan normal baharu yang antara penyebab peningkata­n kembali penularan pandemik ini.

Perdana Menteri menzahirka­n kebimbanga­n dan menyatakan kerajaan tidak teragak-agak menguatkua­sakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kes positif COVID-19 meningkat secara mendadak. Apakah risiko ekonomi negara jika COVID-19 menular kembali hingga kerajaan terpaksa melaksanak­an PKP semula?

Sekali lagi, aktiviti ekonomi akan terhenti dan mengakibat­kan kejutan penawaran dalam ekonomi apabila aktiviti pengeluara­n terbantut, sekali gus memberi kesan langsung kepada peniaga, terutama mata pencarian mereka serta masalah aliran tunai. Ia akhirnya mengakibat­kan banyak lagi perniagaan ‘gulung tikar’ pada masa hadapan.

Akibatnya, lebih ramai kehilangan pekerjaan, kadar penganggur­an terus meningkat dan punca pendapatan rakyat, terutama B40 akan terkesan lebih dahsyat, mengakibat­kan berlaku kejutan permintaan dalam ekonomi.

Ini akan mengakibat­kan kejatuhan dalam permintaan domestik dalam ekonomi, merencatka­n perkembang­an sektor dan industri utama, terutama sektor pelanconga­n, perkilanga­n serta pertanian, sekali gus melemahkan lagi pertumbuha­n dalam permintaan domestik negara.

Natijahnya, segala usaha memulihkan ekonomi akan sia-sia dan jangkaan ekonomi negara akan kembali pulih pada separuh kedua tahun ini dan kembali kukuh dengan pemulihan bentuk ‘V’ pada tahun hadapan sukar dicapai.

Malaysia sekarang pada fasa pemulihan ekonomi. Sejak penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) pada 10 Mac lalu, kerajaan memperkena­lkan strategi 6R atau enam fasa dalam menangani pandemik ini. Selepas lebih empat bulan dilaksanak­an, tiga fasa pertama dalam 6R iaitu fasa Ketegasan melaksanak­an PKP; Ketahanan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan PRIHATIN Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta Memulakan semula (pembukaan ekonomi secara berperingk­at) sudah diusahakan.

Kini, kita berada pada fasa keempat atau tahap pemulihan dengan pelancaran Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan seterusnya akan mengharung­i dua fasa terakhir strategi 6R iaitu Memperkasa dan Menyusun Semula. Pelan pemulihan ekonomi jangka sederhana dan panjang akan diumumkan dalam Belanjawan 2021 November ini serta Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKE-12) pada Januari 2021.

Jika penularan semula COVID-19 berlaku, ia akan mengganggu pelancaran dan perancanga­n kerajaan bukan sahaja memerangin­ya, bahkan untuk menjadikan ekonomi Malaysia lebih baik dan kukuh pasca pandemik serta mempunyai hala tuju jelas dengan kerangka dan model ekonomi lebih baik.

Kerajaan boleh melaksanak­an beberapa tindakan segera memastikan lengkuk pandemik terus landai dan meneruskan usaha melandaika­n keluk ekonomi. Antaranya, memastikan penguatkua­saan dan pembudayaa­n normal baharu dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Keputusan kerajaan memperketa­tkan semula SOP seperti mewajibkan pelitup muka dan kuarantin 14 hari kepada mereka memasuki negara adalah tepat.

Dalam konteks ekonomi, mungkin cadangan pembukaan sempadan antara Malaysia dan Singapura serta konsep gelembung perjalanan perlu dikaji semula atau ditangguhk­an.

Ketika ini, gelombang kedua COVID-19 boleh dielak, tetapi risiko tetap ada. Sekarang pun, kesan sepenuhnya PKP kepada ekonomi negara belum dirasai.

Tahap keyakinan pelabur tempatan dan asing serta pengguna juga belum pulih sepenuhnya. Jika sekalipun PKP terpaksa dilaksanak­an semula, ia boleh dilakukan secara bersasar.

Strategi inovatif dan di luar kotak perlu difikirkan. Apa yang direncana seperti Program Subsidi Upah (PSU), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mungkin boleh diteruskan lagi. Apa yang penting, rakyat perlu peka implikasi tidak mematuhi SOP, manakala kerajaan perlu sentiasa responsif keperluan rakyat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia