Berita Harian

PBM jadikan pelajar berdaya saing dalam teknologi, digital

- Zulkifli Ab Latiff, Ayer Baloi, Pontian

Artikel Syor Pembelajar­an Berasaskan Masalah (PBM) di Sekolah dalam halaman Minda Pembaca sebelum ini, menerangka­n keperluan ia diterapkan dalam kerangka pembelajar­an pada peringkat kebangsaan.

Penekanan pendekatan PBM ini bertujuan supaya pengalaman pembelajar­an peringkat sekolah akan dilanjutka­n ke peringkat Tingkatan Enam, Diploma dan Sarjana Muda di universiti awam (UA) dan swasta. Ia menjadikan pelajar berdaya saing dalam dunia teknologi dan digital kerana sudah terbiasa dengan budaya penyelesai­an masalah sama ada secara kumpulan atau individu.

Pendekatan ini juga bukan sahaja dapat dilakukan secara bersemuka, bahkan boleh dipraktikk­an melalui media, sama ada melalui proses pembelajar­an segerak, tidak segerak dan offline atau boleh disebut Pendekatan Teradun. Dalam akhbar ini, ramai pakar menerangka­n kesesuaian dan kebaikan pendekatan pengajaran dan pembelajar­an (PDP) ini dan pendekatan lain dalam suasana normal baharu.

Ia perlu melalui PDP berteraska­n keperluan memahami masalah dibentangk­an dan untuk diselesaik­an. Selain itu, ia menerokai lingkungan kurikulum dan mengatasi atau menyelesai­kan masalah.

Namun, masalah akan timbul jika guru mempunyai kumpulan pelajar dari kategori cerdik, sederhana dan masih belum mencapai sebarang tahap. Perkara ini dapat dikelaskan kepada kedudukan pelajar dalam pengkelasa­ndi bilik darjah dan jurusan diambil. Ia sudah sedia maklum dan diamalkan dalam sistem pendidikan negara.

Center For Teaching mencadangk­an peringkat pendekatan PBM yang boleh diamalkan dalam PDP. Pertama, sebelum memulakan pembelajar­an, guru merujuk kepada topik hendak diajar.

Isi kandungan ingin disampaika­n hendaklah dibuat secara pendekatan pemudah cara seperti pendekatan Pembelajar­an Abad Ke-21 (PAK-21). Proses peringkat ini disebut terokai masalah yang direkasuai­kan guru dengan kertas nota atau melalui media jika menggunaka­n pembelajar­an sama ada tidak segerak atau offline.

Telefon bimbit boleh memainkan peranan ketika berada di rumah. Pelajar perlu kumpulkan maklumat diperlukan, belajar konsep, prinsip dan kemahiran baharu mengenai topik dicadangka­n.

Kedua, nyatakan perkara diketahui dengan pelajar secara individu dan kumpulan menyenarai­kan apa yang sudah diketahui melalui topik diajar dan menyenarai­kan apa yang mungkin belum diterokai atau mempunyai maklumat lebih luas dan mantap.

Rujukan perpustaka­an atau sumber internet boleh digalakkan. Bantuan ibu bapa yang berpengeta­huan boleh memainkan peranan atau dalam kelas tambahan yang mereka hadiri di luar jadual kelas biasa. Bagi pelajar daripada keluarga kurang berkemampu­an dan tertinggal dalam banyak hal, bantuan perlu dihulurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), masyarakat setempat atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat.

Ketiga, menentukan masalah dengan pelajar akan merangka masalah dalam konteks sudah diketahui dan maklumat diharapkan pelajar untuk diterokai serta belajar. Ini boleh dilakukan secara individu atau kumpulan.

Keempat, meneliti pengetahua­n. Dalam proses ini, pelajar dipandu guru sebagai pemudah cara untuk mencari sumber dan maklumat yang akan membantu membina atau merangka hujah menarik ketika pembentang­an fakta.

Kelima, menyelidik penyelesai­an dengan pelajar menyenarai­kan kemungkina­n tindakan dan penyelesai­an untuk masalah, merumuskan serta uji kemungkina­n membentuk hipotesis (Tahap Tingkatan Empat, Lima dan Enam).

Keenam, membentang­kan penyelesai­an dipilih. Pelajar menyatakan dengan jelas dan menyokong kesimpulan dengan maklumat serta bukti relevan.

Ketujuh, mengkaji prestasi diri/pelajar. Selalunya bahagian ini dilupakan. Ini penting kerana tujuan utama adalah membimbing pelajar meningkatk­an kemahiran menyelesai­kan masalah. Pelajar seharusnya menilai diri dengan bantuan dan bimbingan guru tahap prestasi mereka. Langkah seterusnya pelajar dan guru mencari dan meneroka ruang untuk penambahba­ikan dalam masalah seterusnya.

PBM dalam PDP lebih mantap dan berkesan dalam kebanyakan subjek dalam kurikulum kebangsaan sama ada akademik ataupun Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Ini boleh dipraktikk­an dalam kokurikulu­m sekolah.

 ?? (Foto hiasan) ?? Pendekatan PBM bukan sahaja dapat dilakukan secara bersemuka, bahkan boleh dipraktik melalui media.
(Foto hiasan) Pendekatan PBM bukan sahaja dapat dilakukan secara bersemuka, bahkan boleh dipraktik melalui media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia