Berita Harian

Ibu bapa berdepan denda maksimum RM5,000

Hukuman jika anak tunggang basikal lajak bahayakan pengguna jalan raya

- Oleh Rohaniza Idris, Suzalina Halid dan Muhammad Yusri Muzamir bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ibu bapa atau penjaga remaja berusia 18 tahun ke bawah berdepan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara maksimum setahun, jika anak mereka disabit kesalahan menunggang basikal lajak sehingga membahayak­an pengguna jalan raya lain.

Hukuman sama turut diperuntuk­kan kepada ibu bapa atau penjaga jika anak mereka disabit kesalahan menggunaka­n kenderaan mikromobil­iti lain menerusi pindaan terhadap Seksyen 54 Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata ia termasuk dalam Rang Undang-undang (RUU) Pengangkut­an Jalan (Pindaan) 2020 yang dibaca kali pertama di Dewan Rakyat, semalam.

“Dulu denda RM300 sahaja, orang tak takut, sekarang kita pinda dan perketatka­n sebagai pengajaran kepada semua pihak, termasuk penunggang basikal lajak serta pengguna kenderaan mikromobil­iti bersama basikal elektrik.

“Jika pesalah di bawah usia 18 tahun, ibu bapa dan penjaga boleh dihukum,” katanya pada sidang media selepas taklimat mengenai RUU Pengangkut­an Jalan (Pindaan) 2020 di sini, semalam.

Ka Siong berkata, hukuman ke atas ibu bapa atau penjaga itu bertujuan memastikan mereka menjaga tingkah laku anak masing-masing dan bukan membiarkan terbabit kegiatan berisiko.

“Kerajaan juga serius memastikan jalan raya selamat buat rakyat dan tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana kegiatan boleh mengundang kecelakaan,” katanya.

Basikal lajak adalah isu sosial yang berlaku hampir di seluruh negara sebelum ini, terutama di pinggir bandar besar. Perhatian seluruh negara tertumpu kepada isu ini apabila pada 18 Februari 2017, lapan remaja maut dirempuh kereta dipandu seorang jurujual wanita pada jam 3 pagi di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru.

Lapan remaja yang maut dalam nahas itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Bagaimanap­un, Mahkamah Majistret melepaskan dan membebaska­n jurujual wanita, Sam Ka Ting, 24, daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabka­n kematian lapan remaja berkenaan. Tertuduh tidak dipanggil membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadapny­a.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha, pada November lalu dilaporkan berkata pihaknya menyokong supaya ibu bapa cuai dan mengabaika­n anak bermain basikal lajak dikenakan tindakan undang-undang setimpal mengikut Seksyen 31 dan 33 Akta Kanak-kanak 2001.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia