Berita Harian

‘Usah hina semua pelarian’

Tanggungja­wab kerajaan bela pendatang akibat tekanan politik: Mohamad Sabu

-

Kuala Lumpur: Mohamad Sabu (Ph-kota Raja) meminta setiap pihak supaya tidak ‘memborongk­an’ atau menyamakan semua kategori pelarian dengan menolak serta menghina mereka khususnya golongan yang datang ke Malaysia akibat tekanan politik, termasuk etnik Rohingya.

Beliau berkata, menjadi tanggungja­wab kerajaan untuk membela pelarian akibat tekanan politik ini dengan sekurang-kurangnya memberi penempatan sementara seperti mana yang dilaksanak­an negara luar di mana mereka sanggup memberikan makanan, pakaian dan tempat tinggal buat golongan itu.

Katanya, tidak semua pelarian harus dihina apatah lagi sejarah menunjukka­n bahawa Islam sendiri ditegakkan oleh golongan pelarian, termasuk Nabi Muhammad SAW sendiri ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah akibat penindasan.

“Pelarian ini kita kena ada kategori, jangan kita menghina semua pelarian, ...jangan lupa Islam ditegakkan oleh pelarian khasnya Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi Musa ketika memimpin pelarian dari Mesir untuk diselamatk­an daripada Firaun.

“Sebab itu, antara pelarian ini kita kena jaga jangan borongkan mereka sebagai sama, pelarian ekonomi, tekanan politik atau cari makan itu lain. Ada yang kata kena tenggelamk­an mereka dilaut, ...bayangkan itu kalau itu yang berlaku kepada keluarga Nabi.

“Justeru, kita kena melihat kategori pelarian itu jenis apa, ...macam pelarian seperti Rohingya di mana rumah mereka dibakar, nyawa diancam kita kena membela sekurang-kurangnya (dengan mengadakan) penempatan sementara,” katanya ketika membahaska­n usul titah diraja, di Dewan Rakyat, semalam.

Pada masa sama, Mohamad berkata, dalam pada rakyat mengecam golongan Rohingya, mereka perlu ingat bahawa ada lebih tiga juta orang Islam menjadi pelarian di Eropah, termasuk di Jerman, Sweden dan Finland.

Katanya, pihaknya sendiri ketika berada dalam pentadbira­n sebelum ini menyambung usaha kerajaan dengan memberi peruntukan tambahan kepada hospital di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Beliau berkata, sebarang bentuk penindasan yang dilaporkan terhadap Rohingya boleh memalukan Malaysia pada peringkat antarabang­sa, termasuk dalam kejadian penemuan kubur di kem penempatan etnik itu di Wang Kelian, Perlis.

“Apa yang perlu ditekankan ialah sindiket pelarian itu yang mana ia harus diperangi atau menghapusk­an peranan sindiket yang mengeksplo­itasi golongan ini,” katanya.

Dalam sesi perbahasan itu juga, Mohamad turut menyentuh isu berhubung ketuanan Melayu dan rasuah sebelum Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar, bangun membidas kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu.

Noh membidas Mohamad kerana menyebut secara umum bahawa orang Melayu mengamalka­n rasuah, sekali gus mendesak supaya bekas Menteri Pertahanan

itu menarik balik kenyataann­ya berikutan ia dianggap sebagai satu penghinaan kepada orang Melayu.

“Yang Berhormat (YB) orang Melayu, jangan hina orang Melayulah YB. Jangan cakap semua Melayu ni rasuah... terlalu umum. Apakah semua orang Melayu rasuah? Yang terbabit dua tiga orang, tapi YB nak menyalahka­n semua orang. Tidak boleh macam itu, menjatuhka­n maruah sendiri,” kata Noh.

Ketika Noh berdebat dengan Mohamad, Ahli Parlimen pembangkan­g menyampuk dengan mengatakan Noh ‘terasa’.

Mohamad kemudian menjelaska­n beliau hanya memberitah­u secara umum dan tidak mengaitkan sesiapa, sebaliknya hanya mahukan Melayu yang berintegri­ti dan bertakwa.

Terdahulu, beliau berkata, bahaya jika orang Melayu terlalu memperjuan­gkan Ketuanan Melayu kerana bimbang ia akan menjadi seperti ‘White supremacy’ di Amerika Syarikat yang tertanam dalam pemerintah­an negara itu sehingga meletusnya rusuhan perkauman, baru-baru ini.

“Jangan kata kita kena sokong orang Islam, walaupun dia rasuah, menyelewen­g kerana dia ada pintu untuk taubat. Ini kenyataan yang cukup bahaya,” katanya.

Mohamad Sabu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia