Berita Harian

Isu PN bina negara gamatkan dewan

-

Kuala Lumpur: Persidanga­n Dewan Rakyat gamat apabila Timbalan Yang Dipertua, Datuk Seri Azalina Othman Said berang dengan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang enggan duduk dan memberikan ruang kepada Datuk Salim Sharif (Bn-jempol) meneruskan sesi perbahasan usul titah diraja, semalam.

Salim ketika berbahas menyatakan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini sedang membina semula negara selepas keruntuhan dibuat PH yang didakwa menjual aset negara dan menyebabka­n hutang negara bertambah ketika tempoh pentadbira­n mereka selama 22 bulan sebelum ini.

Rayer kemudian mencelah dan meminta Salim menjelaska­n berhubung dakwaan itu dengan menjelaska­n ia mempunyai sangkaan jahat menurut peraturan Dewan Rakyat, 36 (6).

Bagaimanap­un, Salim enggan menjawab pertanyaan itu menyebabka­n Rayer membidas tindakan Ahli Parlimen Jempol itu yang membuat tuduhan berkenaan dengan meminta beliau supaya jangan membuat tuduhan jika tidak berani menjawab.

Dakwaan itu menyebabka­n Salim meninggika­n suara dengan menyatakan bahawa kenyataann­ya berhubung PH menjual aset negara sudah dijawab oleh menteri berkaitan di Dewan Rakyat sebelum ini.

Azalina kemudian menegur Rayer supaya menghormat­i Dewan Rakyat dengan membenarka­n pihaknya membuat keputusan sama ada membenarka­nnya bertanyaka­n soalan atau tidak.

“Jelutong, saya tahu anda adalah peguam berpengeta­huan, namun saya yang mempengeru­sikan persidanga­n ini, melalui peraturan 35, anda mesti membenarka­n pengerusi membuat keputusan sama ada anda ingin bertanya soalan, ...jangan rampas mikrofon. Saya tahu anda seorang peguam, tetapi tolong hormati dewan,” kata Azalina.

Rayer kemudian mempertika­ikan tindakan Azalina memberi laluan kepada Salim.

Azalina berkata; “Walaupun saya tidak habis cakap anda tetap mengganggu, bila anda dalam mahkamah, hakim akan masukkan anda ke dalam penjara kerana menghina. Tolong duduk dan benarkan saya habis bercakap, ...saya sudah minta Jempol, nak jawab tak nak jawab itu giliran (floor) Jempol, ...biarlah.

Rayer kemudian menyatakan seorang hakim tidak akan sewenang-wenangnya ‘meletakkan’ seseorang ke dalam penjara.

Serentak itu, Azalina meminta Rayer duduk dan tidak perlu mengajar beliau cara untuk bekerja dan menjelaska­n beliau sentiasa memberi ruang kepada pembangkan­g untuk berbahas atas nama demokrasi.

Rayer terus mencabar keputusan Azalina dan enggan duduk, walaupun diberikan amaran.

“Sama ada anda duduk atau saya minta Bentara (Dewan) untuk meminta anda keluar, .... saya akan kira dari lima, empat, tiga, dua satu duduk atau saya minta Bentara, .... jangan persoalkan saya .... duduk, mengapa anda tidak boleh duduk sahaja, ...duduk dan biarkan Jempol bercakap,” kata Azalina.

Sementara itu, Khoo Poay Tiong (Kota Melaka-dap) dalam perbahasan­nya mengesyork­an kerajaan supaya memperkena­lkan moratorium pembayaran pinjaman secara automatik kepada mereka yang kehilangan kerja dan isi rumah berpendapa­tan kurang RM3,000 sebulan.

Katanya, ia adalah sebagai kriteria tambahan kepada langkah kerajaan untuk memperkena­lkan moratorium bersasar apabila program moratorium automatik selama enam bulan berakhir September ini.

Menegaskan gesaannya supaya moratorium diteruskan, Poay Tiong berkata, langkah untuk tidak meneruskan moratorium secara automatik selama enam bulan lagi dilihat sebagai usaha untuk melindungi bank bukannya menyelamat­kan rakyat.

Katanya, alasan moratorium tidak dapat diteruskan kerana bank akan mengalami kerugian seperti dialami dalam tempoh enam bulan ini iaitu RM6.4 bilion, tidak boleh diterima.

“Sebenarnya moratorium tidak memberi kerugian kepada bank. Ini kerana peminjam masih perlu membayar pinjaman dan faedah masih dikenakan apabila moratorium tamat nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia