Berita Harian

Maritim Malaysia tambah dua radar di Johor, Langkawi

-

Johor Bahru: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan memasang dua lagi radar Remote Sensor Site (RSS) di Abu Bakar Maritim Base (ABMB), Johor dan Langkawi.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata pemasangan dua radar itu akan dilakukan dalam fasa pertama, manakala dalam fasa kedua, pemasangan radar membabitka­n perairan Pantai Timur dari Pulau Tioman ke utara dan fasa ketiga di Sarawak, yang semuanya dijangka siap dalam tempoh 10 tahun.

“Sekarang ini sudah ada 11 radar di seluruh negara. Terbaru kita akan pasang RSS ini di ABMB dan satu lagi radar kita akan pasang di Langkawi sama ada di Pulau Singa Besar atau Pulau Cincin.

“Kawasan Sabah sudah kita pasang radar yang mampu mengawal keseluruha­n perairan mereka. Di Johor terdapat tiga radar yang dipasang sebelum ini iaitu di Batu Pahat, Tanjung Piai dan Pengerang.

“Semua fasa ini dijangka siap pemasangan radar dalam tempoh 10 tahun. Selepas semua radar ini dipasang, ia mampu memantau dan mengawal seluruh perairan negara,” katanya selepas Majlis Penyerahan Nota Serah Terima Tugas Pengarah Maritim negeri Johor di Pejabat APMM, Menara Tabung Haji di sini, semalam.

Mohd Zubil berkata, kerajaan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM125 juta bagi menaik taraf 11 radar sedia ada supaya boleh berhubung dengan radar baharu.

“Naik taraf radar ini membabitka­n sistem hardware (perkakasan) dan software (perisian) berikutan sistem sedia ada sudah berusia 12 tahun dan tidak mempunyai alat ganti lagi.

“Apabila semua sudah dinaik taraf, radar yang lama ini boleh berhubung dengan radar baru yang akan dipasang. Sistem pengawalan radar ini adalah menerusi sistem automatik dan dikawal dari darat,” katanya.

Naik taraf radar ini babitkan sistem hardware (perkakasan) dan software (perisian) berikutan sistem sedia ada sudah berusia 12 tahun dan tidak mempunyai alat ganti lagi.

Mohd Zubil Mat Som, Ketua Pengarah Maritim Malaysia

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mohd Zubil (dua dari kiri) menyaksika­n Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid (kanan) menyerahka­n pedang kuasa kepada Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria pada majlis penyerahan nota serah tugas Pengarah Maritim Johor, semalam.
(Foto BERNAMA) Mohd Zubil (dua dari kiri) menyaksika­n Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid (kanan) menyerahka­n pedang kuasa kepada Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria pada majlis penyerahan nota serah tugas Pengarah Maritim Johor, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia