Berita Harian

‘Sudah masuk, sembunyi di Pulau Rebak Besar’

Penduduk tempatan mahir selok-belok pantai Langkawi dipercayai jadi dalang

- Oleh Hamzah Osman bhnews@bh.com.my

Langkawi: Seramai 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang dilaporkan dikhuatiri lemas di perairan pulau itu, malam Sabtu lalu, sebenarnya selamat dan sudah memasuki negara ini secara haram dengan bersembuny­i di Pulau Rebak Besar, dekat sini.

Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah, berkata, etnik Rohingya berusia antara lima hingga 45 tahun itu ditemui dalam keadaan letih dan lapar, kira-kira jam 6.15 petang kelmarin.

Katanya, semua 13 lelaki, 10 wanita dan empat kanak-kanak itu ditemui selepas operasi dijalankan susulan laporan awal daripada seorang etnik Rohingya yang ‘terselamat’ kononnya 24 penumpang lain dikhuatiri lemas selepas dikatakan terjun dari bot berhampira­n pulau terbabit, kira-kira jam 8 malam Sabtu lalu.

“Penemuan 27 etnik Rohingya yang bersembuny­i dalam hutan di pulau itu susulan siasatan ke atas seorang lelaki Rohingya yang sebelum ini ditemui nelayan di kawasan berhampira­n,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mohd Zawawi berkata, pihaknya percaya kemasukan etnik Rohingya itu didalangi penduduk tempatan yang mahir dengan selok-belok pantai dan pasang surut air laut di sekitar perairan Langkawi.

“Kumpulan 27 Rohingya yang diselamatk­an ini disyaki dipindahka­n dari bot besar ke bot nelayan tempatan dan dibawa masuk ke negara ini dalam kumpulan kecil.

“Kes ini juga dipercayai ada kaitan dengan penahanan dua tekong darat berusia 29 dan 35 tahun yang cuba merasuah anggota penguat kuasa Maritim Malaysia pada 21 Julai lalu,” katanya.

Mohd Zawawi berkata, pihaknya tidak menolak kemungkina­n sebuah bot nelayan perlu datang untuk mengambil etnik Rohingya terbabit, tetapi apabila dua tekong darat itu ditahan, mereka kehilangan arah menyebabka­n seorang berenang menuju kawasan pemecah ombak di Kuala Chenang sebelum ditahan pihak berkuasa hasil maklumat nelayan.

Sementara itu dalam kes berasingan, beliau berkata, Maritim

Malaysia merampas 230 kilogram (kg) ganja mampat bernilai RM700,000 dan menahan lima lelaki warga Indonesia dari dua bot, pada kedudukan kira-kira 40 batu nautika di Barat Daya Pulau Beras Basah di perairan Pulau Beras Basah, antara jam 11.30 hingga 11.50 malam Sabtu lalu.

Katanya, kehadiran dua bot yang mencurigak­an itu dikesan Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) sebelum aset Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi terbabit.

“Ketika dihampiri penguat kuasa lima lelaki berusia antara 25 dan 33 tahun dari kedua-dua bot terbabit cuba melarikan diri sambil mencampakk­an beberapa guni besar ke laut bagi menghilang­kan bukti.

“Bagaimanap­un, kita berjaya memintas dan menahan bot berkenaan dan pemeriksaa­n mendapati terdapat dua lelaki pada bot pertama, manakala bot kedua dinaiki tiga lelaki, selain menemui enam guni besar mengandung­i ketulan ganja mampat seberat 230 kg dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini.

“Membawa masuk dadah menerusi jalan laut pada waktu malam dipercayai menjadi modus operandi sindiket pengedaran dadah yang berjaya ditumpaska­n ini.

“Semua suspek dan barang rampasan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mohd Zawawi (dua dari kanan) menunjukka­n rampasan ganja dan gambar pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Kedah dan Perlis di Bukit Malut, semalam.
(Foto BERNAMA) Mohd Zawawi (dua dari kanan) menunjukka­n rampasan ganja dan gambar pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Kedah dan Perlis di Bukit Malut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia