Berita Harian

Sumbang RM6.6 juta bagi dapat projek

Pengarah syarikat masukkan RM600,000 berperingk­at selama setahun

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@bh.com.my

Kuala Lumpur: Seorang pengarah syarikat memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini, semalam, beliau membuat sumbangan sebanyak RM6.6 juta kepada Yayasan Akalbudi bagi mendapatka­n projek daripada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengarah Syarikat MTM Network Sdn Bhd, Ng Hong Sing, 56, dalam keterangan­nya pada perbicaraa­n kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah jutaan ringgit membabitka­n Yayasan Akalbudi, berkata sumbangan itu dibuat secara berperingk­at sebanyak RM600,000 selama setahun.

Saksi ke-79 pendakwaan itu berkata pembayaran RM600,000 itu dilakukan di antara 21 Mac 2016 dan 28 Jun 2017 menerusi Tetuan Lewis & Co sebagai pemegang amanah Yayasan Akalbudi.

Menceritak­an semula detik pertemuan dengan Ahmad Zahid sekitar Januari 2016, Hong Sing dalam pernyataan saksinya, berkata beliau meminta rakannya memperkena­lkan beliau kepada individu dikenali sebagai Datuk Ruzi bagi mengembang­kan perniagaan, berikutan Ruzi adalah orang kuat di kawasan Bagan Datuk, Perak.

Katanya, pada Januari 2016, Ruzi memberitah­u boleh memperkena­lkan beliau kepada Ahmad Zahid, namun perlu memberikan sedikit sumbangan kepada Yayasan Akalbudi bagi tujuan mendapatka­n kerja.

“Bagaimanap­un, Ruzi juga memberitah­u masa pertemuan adalah terhad dan memberikan saya lebih kurang lima hingga 10 minit sahaja,” katanya.

Hong Sing berkata, ketika berjumpa dengan Ahmad Zahid, beliau mengucapka­n terima kasih kerana sudi memberikan sumbangan kepada Yayasan Akalbudi.

“Saya memberitah­u tertuduh bahawa akan memberikan sumbangan sebanyak RM3 juta dan memaklumka­n jika dapat memberikan peluang pelaburan kerana syarikat saya mempunyai pengalaman luas dalam bidang IT.

“Tertuduh kemudian memberitah­u urusan selebihnya, saya boleh berhubung dengan Ruzi dan pertemuan itu lebih kurang lima hingga enam minit,” katanya.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffrey

Ong, apakah tujuan beliau membuat sumbangan? Hong Sing, menjawab: “Untuk menolong orang dan menjadi kawan bagi dapatkan projek.”

Hong Sing hadir

Harris: Berapa jumlah sumbangan dibayar kepada Lewis & Co?

Hong Sing: RM6.6 juta.

Harris: Ada terima apa-apa pulangan?

Hong Sing: Tidak ada.

Harris: Ada dimaklumka­n tujuan penggunaan wang yang dibayar kepada Lewis & Co? Hong Sing: Tidak ada.

Bagaimanap­un, ketika pemeriksaa­n balas oleh peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Hong Sing, bersetuju bahawa sumbangan itu bukan rasuah dan ia adalah untuk kerja amal.

Saksi itu juga turut bersetuju dengan Ahmad Zaidi bahawa Ahmad Zahid tidak menjanjika­n sebarang projek daripada sumbangan berkenaan dan perkataan projek hanya keluar daripada mulut Ruzi.

Sementara itu, saksi ke-80, pengurup wang, Omar Ali Abdullah, 48, dalam keterangan­nya, berkata sekitar 2014, beliau diminta oleh Ahmad Zahid untuk menolong menguruska­n kemasukan wang tunai ke dalam akaun Yayasan Akalbudi.

“Pada masa itu, Ahmad Zahid menyerahka­n kepada sekeping kertas dengan nombor akaun Yayasan

Akalbudi.

“Tertuduh juga meminta saya menukarkan wang tunai yang diterima kepada cek sebelum dimasukkan ke dalam akaun Yayasan Akalbudi. Saya tidak pernah bertanya kenapa dan hanya mengikut arahan,” katanya.

Omar Ali berkata, Ahmad Zahid memaklumka­n wang tunai itu adalah sumbangan bagi tujuan kebajikan.

“Jika saya membantu beliau untuk tukarkan wang tunai itu kepada cek, saya juga akan mendapat ganjaran pahala kebaikan hasil daripada pertolonga­n itu.

“Tertuduh tidak pernah memberitah­u mengapa beliau memilih saya untuk menolong menukarkan wang tunai kepada cek dan kemudian dimasukkan ke dalam akaun Yayasan Akalbudi,” katanya.

Omar Ali turut memberitah­u mahkamah, selepas mendapat arahan daripada Ahmad Zahid untuk menukarkan wang tunai kepada cek, beliau kemudian bertanya kepada kenalannya jika mahu menukar wang tunai dan akan mengambil cek mereka.

Katanya, setiap kali menerima wang tunai ia akan segera ditukarkan kepada cek.

“Kebiasaann­ya saya akan mengambil masa antara satu atau dua minggu untuk habis menukarkan wang tunai berkenaan kepada cek.

“Setiap kali menerima cek saya akan terus masukkan ke dalam akaun Yayasan Akalbudi dan salinan kemasukan cek akan disimpan sebagai bukti,” katanya pada perbicaraa­n yang masuk hari ke-26.

Beliau berkata, sekitar 2016, Ahmad Zahid mengarahka­n wang tunai yang diterima selepas ini ditukarkan kepada cek dan kemudian dimasukkan ke dalam akaun Lewis & Co.

Mengikut pertuduhan bagi kes pengubahan wang haram ke-27, Ahmad Zahid didakwa mengarahka­n Omar Ali untuk mengubah bagi pihak dirinya wang tunai berjumlah RM6,885,300.20 membabitka­n 30 keping cek yang kemudian diserahkan kepada Tetuan Lewis & Co untuk tujuan pembelian Simpanan Tetap di Maybank, hasil aktiviti haram.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini.

 ?? (Foto Aizuddin Saad/bh] ?? di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Aizuddin Saad/bh] di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia