Berita Harian

Mahkamah tolak permohonan tiga transgende­r

-

Putrajaya: Tiga transgende­r gagal mendapat kebenaran untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutua­n 2015 yang mengetepik­an keputusan Mahkamah Rayuan bahawa peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Undang-undang Negeri Sembilan terhadap lelaki berpakaian wanita adalah tidak berperlemb­agaan.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutua­n, semalam, menolak permohonan yang dikemukaka­n oleh Muhamad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani dan Wan Fairol Wan Ismail.

“Pada pandangan kami, permohonan ini tidak memenuhi kriteria menurut Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutua­n 1995,” katanya.

Panel itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutua­n

Puan Sri Zaleha Yusof, Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal.

Pada prosiding semalam, peguam Aston Paiva yang mewakili pak andam berkenaan, memohon kebenaran Mahkamah Persekutua­n untuk semakan kehakiman dan mengetepik­an keputusan Mahkamah Persekutua­n pada 8 Oktober 2015 atau sebagai alternatif untuk mendengar rayuan berkenaan.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutua­n yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif pada 2015 mengetepik­an keputusan Mahkamah Rayuan bahawa peruntukan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan yang telah menghukum lelaki berpakaian wanita, sebagai tidak berperlemb­agaan.

Beliau memutuskan rayuan yang dikemukaka­n oleh kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pengarahny­a, ketua pegawai penguat kuasa syariah dan ketua pendakwa raya syariah adalah tidak kompeten kerana ketiga-tiga pemohon (Muhamad Juzaili, Shukor dan Wan Fairol) menggunaka­n prosedur yang salah untuk memulakan cabaran perundanga­n mereka terhadap kesahan undang-undang syariah negeri.

Beliau berkata, ketiga-tiga transgende­r itu sepatutnya memfailkan terus cabaran undang-undang itu ke Mahkamah Persekutua­n dan bukannya melalui semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Seremban.

Pada prosiding semalam, Paiva juga berhujah bahawa wujud ketidakadi­lan apabila Mahkamah Persekutua­n gagal atau enggan mendengar merit rayuan itu, sedangkan mahkamah membenarka­n isu awal dibangkitk­an kerajaan negeri dan empat yang lain dan memutuskan rayuan itu tidak kompeten.

Penasihat undang-undang Negeri Sembilan, Muzalmah Mustapha Kamal, yang mewakili responden berkata permohonan itu harus ditolak kerana pemohon tidak menunjukka­n bahawa mereka benar-benar terkesan dengan keputusan itu.

Beliau berkata walaupun Mahkamah Persekutua­n mempunyai kuasa sedia ada untuk menyemak keputusann­ya sendiri, kuasa semakan itu mesti dilaksanak­an secara berhati-hati.

Peguam Datuk Sulaiman Abdullah, yang mewakili Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, menerima pakai hujahan Muzalmah.

Pada 11 Oktober 2012, Mahkamah Tinggi Seremban menolak permohonan semakan kehakiman oleh Muhamad Juzaili, Shukor dan Wan Fairol.

Pada November 2014, Mahkamah Rayuan membuat keputusan bersejarah apabila menyebelah­i ketiga-tiga transgende­r itu yang mencabar Seksyen 66.

Mahkamah memutuskan peruntukan itu sebagai tidak berperlemb­agaan kerana ia telah mendiskrim­inasi golongan lelaki Islam yang menghidap sindrom kecelaruan identiti gender.

Kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pengarahny­a, ketua pegawai penguat kuasa syariah dan ketua pendakwa raya syariah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutua­n pada Januari 2015 untuk mengemukak­an rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia