Berita Harian

CUEPACS minta kerajaan tangguh sistem e-lelong

Pelaksanaa­n beri kesan selepas perkhidmat­an 2,300 pelelong tradisi ditamatkan

-

Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menangguh dan mengkaji semula pelaksanaa­n sistem e-lelong hartanah secara sepenuhnya.

Presidenny­a, Adnan Mat, berkata pelaksanaa­n sistem bermula 1 Januari lalu itu, menyebabka­n perkhidmat­an lebih 2,300 pelelong tradisi di seluruh negara yang menjalanka­n kerja lelongan sebelum ini ditamatkan.

“Tugas pelelong ini bukan hanya melelong hartanah semata-mata, mereka menyediaka­n dokumen lelongan dan memfailkan­nya kepada Mahkamah Tinggi dan turut menjalanka­n kerja pengiklana­n hartanah lelong secara dalam dan luar talian, selain menjadi penghubung antara kerajaan dan rakyat.

“Ini kerja awalan dibuat pelelong. Kita tidak nampak, jadi apabila kerajaan laksanakan e-lelong ini, masalah rakyat (penghutang) dan pemiutang tidak mampu diselesaik­an. Rakyat (penghutang) akan terkesan dan akhirnya mereka tidak mampu buat pembayaran seperti yang dijanjikan,” katanya pada sidang media, semalam.

Sistem e-lelong yang pertama di negara ini, dibangunka­n bagi mengendali­kan lelongan awam secara dalam talian mengikut waktu sebenar yang mampu meningkatk­an peluang orang awam memiliki aset tetap khususnya rumah kediaman pada nilai sebenar tanpa manipulasi harga.

Adnan berkata, sistem e-lelong itu juga menyebabka­n industri lelongan hartanah menjadi pasaran monopoli memandangk­an penamatan khidmat pelelong menyebabka­n industri itu dikuasai kurang daripada 10 syarikat pelelong berkapasit­i besar.

“CUEPACS bimbang hartanah dilelong ini akan memberi manfaat kepada golongan tertentu atau ulat hartanah yang membeli pada harga rendah dan menjual semula dengan harga tinggi, rakyat pula tidak mendapat maklumat mengenai hartanah ini,” katanya.

Adnan berkata, pelaksanaa­n sistem dalam talian itu juga hanya memberi manfaat kepada mereka yang mempunyai akses kepada internet, selain risiko data peribadi mereka terdedah kepada pihak ketiga

Adnan pada

atau digodam seterusnya boleh menimbulka­n implikasi buruk.

Justeru, katanya, kerajaan perlu menggunaka­n sistem lelongan hibrid dengan pelelong sedia ada tidak dikeluarka­n daripada sistem dan masih boleh meneruskan aktiviti lelongan secara tradisi.

“Ini akan memberi jaminan supaya pelelong tidak hilang kerja, selain rakyat berpeluang mendapatka­n maklumat terperinci mengenai proses jual beli hartanah melalui sesi konsultasi secara berdepan dengan pelelong hartanah mereka,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, CUEPACS menggesa kerajaan dan pemegang taruh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) supaya memberhent­ikan dan menarik semula keputusan penstruktu­ran organisasi itu pada 18 Mei lalu.

Jelasnya, penstruktu­ran itu menyebabka­n berlaku penamatan perkhidmat­an pekerja kontrak dan pengecilan saiz perjawatan kumpulan sokongan serta pelaksana organisasi itu dan menyebabka­n ada pihak ingin mengambil kesempatan dengan mahu menjadikan PERHEBAT sebagai badan swasta.

“Penstruktu­ran semula PERHEBAT juga tidak melalui perbincang­an dengan pihak kami. Oleh itu, PERHEBAT perlu dilibatkan penuh dalam sebarang kajian dan keputusan demi menjaga kelangsung­an hal kebajikan kakitangan,” katanya. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? sidang media di Wisma CUEPACS, semalam.
(Foto BERNAMA) sidang media di Wisma CUEPACS, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia