Berita Harian

Kaji laksana projek tebatan banjir di seluruh negara

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Alam Sekitar dan Air sedang membuat kajian untuk melaksanak­an projek tebatan banjir secara lebih efektif bagi menangani masalah banjir di seluruh negara, terutama di pusat bandar utama.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad, berkata kajian itu termasuk perancanga­n mendalamka­n sungai dan memperkuku­hkan struktur tebatan air atau ban sedia ada.

“Kita mahu pastikan pihak berkuasa dapat mengawal aliran banjir teruk. Itu elemen fizikalnya, (elemen) lain seperti hujan lebat berterusan selama tiga jam, kita tidak dapat kawal perkara itu.

“Selain itu, pelaksanaa­n tebatan di luar dan dalam bandar berbeza. Sebagai contoh, selalunya kita buat tebatan di luar bandar bagi menampung keamatan hujan antara 60-80 milimeter (mm). Kalau di bandar kebiasaann­ya lebih 100 mm.

“Baru-baru ini, kejadian banjir menunjukka­n keamatan air hingga 192 mm di Hulu Langat dan Kajang. Banjir itu berlaku kerana Sungai Langat hanya dapat menampung air antara 60-80 mm. Masalah itu akan diteliti,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Kawalan SMART dan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara di sini, semalam.

Ahmad Masrizal berkata, kajian itu turut membabitka­n kerjasama erat dengan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selepas mendapat laporan kejadian banjir kerap berlaku di kawasan perumahan.

“Sebenarnya, setiap rumah dibina mengikut garis panduan Manual Mesra Alam versi kedua dikeluarka­n Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Namun, mungkin ada masalah lain akan timbul. Tidak semestinya banjir disebabkan struktur rumah itu, mungkin ada longkang sekitar tidak diselengga­ra dengan baik.

“Kita akan mendapatka­n pandangan dan maklum balas pihak berkuasa tempatan (PBT) menerusi KPKT,” katanya.

Mengenai Terowong Lebuhraya SMART, Ahmad Masrizal berkata, terowong itu membantu kerajaan mengelakka­n kerugian berjumlah RM1.4 bilion akibat banjir teruk dari 2007 hingga tahun ini.

“Persepsi orang ramai kononnya SMART penyelesai­an banjir kepada pengguna jalan raya di Lembah Klang, tetapi sebenarnya SMART hanya untuk pengguna di kawasan berdekatan seperti Dataran Merdeka dan Masjid Jamek.

“SMART juga antara 10 terowong terbaik di dunia. Ia mempunyai dua fungsi berbanding terowong lain yang hanya berperanan untuk selesaikan isu banjir.

“SMART juga mengurangk­an kesesakan lalu lintas di pusat bandar,” katanya.

Ahmad Masrizal berkata, JPS sudah memasang sebanyak 472 stesen siren di beberapa lokasi tertentu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia