Berita Harian

Helikopter hantar bantuan penduduk terjejas banjir di Pos Lenjang

-

Lipis: Barangan keperluan harian seberat 10 tan dihantar menggunaka­n helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke penempatan Orang Asli di Pos Lenjang, di sini, yang terputus hubungan selepas kejadian banjir lumpur, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Zulkhairi Zainal Abidin, berkata bantuan bencana bernilai RM85,000 itu disediakan sepenuhnya Kerajaan Pahang melalui JKM dalam usaha meringanka­n beban masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit.

Beliau berkata, peruntukan berkenaan diluluskan segera oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebaik saja mengetahui kejadian banjir lumpur itu hingga menyebabka­n perhubunga­n Pos Lenjang dengan dunia luar terputus.

Katanya, bantuan keperluan harian seperti beras, minyak masak, ikan masin, gula, kopi, teh dan sardin untuk kegunaan selama lima hari diagihkan kepada 403 ketua keluarga.

“Dua penerbanga­n ihsan menghantar keperluan harian terbabit menggunaka­n kawasan padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford bermula jam 11 pagi tadi (semalam),” katanya, di sini, semalam.

Beliau yang turut memantau proses penghantar­an bantuan terbabit berkata, difahamkan Pejabat Menteri Besar Pahang dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang juga akan menghantar bantuan keperluan harian selepas ini.

Zulkhairi berkata, Pejabat Daerah dan Tanah Lipis, termasuk beberapa agensi kerajaan lain turut sama berusaha membantu memulihkan keadaan berikutan kejadian tanah runtuh mengakibat­kan perhubunga­n terputus.

“Ada 847 penduduk membabitka­n lima kampung di kawasan Pos Lenjang dan Pos Titom yang turut menempatka­n dua sekolah rendah,” katanya.

 ?? (Foto ihsan JKM) ?? Zulkhairi (dua dari kanan) memantau penghantar­an bantuan makanan kepada penduduk Orang Asli Pos Lenjang.
(Foto ihsan JKM) Zulkhairi (dua dari kanan) memantau penghantar­an bantuan makanan kepada penduduk Orang Asli Pos Lenjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia