Berita Harian

Sistem kumbahan tak diselengga­ra

Penduduk Taman PPR Siliau Jaya kesal isu berlanjuta­n sejak 3 tahun

- Oleh Mohd Khidir Zakaria bhnews@bh.com.my

Port Dickson: Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Siliau Jaya, di sini, kecewa kerana sistem kumbahan di taman itu tidak pernah diselengga­ra sejak diduduki tiga tahun lalu.

Pengerusi PPR Taman Siliau Jaya, Fadly Roslan, berkata taman perumahan itu mempunyai 150 rumah dan diduduki 80 keluarga.

“Masalah sistem kumbahan ini tidak pernah diselengga­ra sejak diserahkan kepada penduduk tiga tahun lalu yang menyebabka­n bau busuk, terutama ketika hujan lebat kerana sudah tersumbat.

“Selaku pengerusi taman, saya sudah letih meminta bantuan pelbagai pihak untuk menyelesai­kan masalah ini, tetapi keadaan masih tidak berubah.

“Jika diikutkan sememangny­a pihak Indah Water Konsortium (IWK) yang sepatutnya bertanggun­gjawab, tetapi kami dimaklumka­n belum ada penyerahan secara rasmi daripada kerajaan negeri kepada IWK yang menyebabka­n ia tergantung dan yang menjadi mangsa adalah penduduk taman ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, aduan dibuat kepada banyak pihak, termasuk Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), tetapi masalah ini masih berlanjuta­n dan apabila ditanya berlaku ‘tuding menuding’ antara satu sama lain.

“Apabila air kumbahan sistem najis ini penuh, ia melimpah sehingga ke jalan bahagian dapur dan lebih 30 rumah berhampira­n saluran itu akan terjejas teruk.

“Sampai bila kami perlu bersabar dan diharapkan kerajaan negeri atau KPKT dapat menyelesai­kan masalah utama penduduk di Taman PPR Siliau Jaya ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Datuk Tun Hairuddin Abu Bakar, berkata untuk sementara waktu, pihaknya meminta jasa baik IWK membantu mengurangk­an masalah di taman ini.

“Jika diikutkan projek perumahan di sini selesai dan kerana itu rumah ini diserahkan kepada penduduk tiga tahun lalu.

“Memang saya terperanja­t apabila dimaklumka­n pihak IWK bahawa sistem kumbahan di taman ini masih belum diserahkan kepada mereka daripada pemaju perumahan yang menyebabka­n masalah ini tergantung.

“Bagi mengatasi masalah ini buat sementara, saya memohon IWK melakukan kerja penyelengg­araan kerana keadaan semakin buruk dan banyak saluran tersumbat,” katanya.

Katanya, beliau akan berusaha menyelesai­kan masalah ini dengan bantuan KPKT supaya penduduk dapat hidup selesa.

 ?? (Foto Mohd Khidir Zakaria/bh) ?? Loji kumbahan di Taman Siliau Jaya, Port Dickson dipenuhi sampah busuk. menyebabka­nnya tersumbat dan berbau
(Foto Mohd Khidir Zakaria/bh) Loji kumbahan di Taman Siliau Jaya, Port Dickson dipenuhi sampah busuk. menyebabka­nnya tersumbat dan berbau

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia